Siakap Keli

Haiwan Eksotik Mungkin Jadi Punca Koronavirus – Pengarah Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit China

Jumlah kematian akibat koronavirus yang merebak di seluruh China meningkat kepada sembilan orang pada hari ini dan jumlah kes dilaporkan meningkat kepada 440.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Li Bin, berkata bahawa semua kematian dilaporkan berlaku di wilayah Hubei, bandar Wuhan, di mana penyakit misteri seakan selsema dipercayai berasal dari pasar makanan di tempat itu.

Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berumur lebih 60 tahun dan sesetengah dari mereka mempunyai sejarah perubatan yang terdahulu.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Gao Fu, menganggap bahawa wabak itu disebabkan oleh pendedahan manusia terhadap haiwan liar yang didagangkan secara tidak sah di pasaran Wuhan.

Pegawai kesihatan juga mengesahkan pada awal minggu ini bahawa koronavirus baharu boleh tersebar di antara manusia.

Sumber: New York Post

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra