Siakap Keli

Kesunyian Seorang Diri Dipenjara, Lelaki Rayu Polis ‘Tangkap’ Seseorang Untuk Menemaninya

Kedengaran agak pelik dan melucukan permintaan seorang lelaki yang merupakan seorang penghuni di sebuah penjara di Indonesia kepada seorang pihak polis di penjara tersebut.

Menerusi satu rakaman video pendek mengenai seorang penghuni di sebuah penjara telah meluahkan perasaannya tinggal di penjara tersebut mengenai kesunyian yang dialaminya kepada seorang pihak polis di sana.

Lelaki ini didakwa kesunyian kerana tinggal bersendirian di penjara tersebut telah meminta supaya pihak polis mencari orang yang sudi untuk dimasukkan ke penjara tersebut supaya boleh dijadikan peneman buat dirinya.

Menurut lelaki berkenaan, dia tidak memerlukan ramai teman di penjara tersebut, cukuplah hanya seorang supaya dia tidak keseorangan ketika makan dan tidur di sana.

Malah pihak polis yang tersebut juga dilihat hanya melayan lelaki berkenaan dengan berkata mereka akan berusaha untuk mencarikannya teman dalam masa seminggu ini.

Lelaki berkenaan turut menyatakan dia tinggal dalam penjara tersebut dengan hanya termenung sendiri kerana bosan terpaksa tinggal sendirian.

Sumber: Fakta Indonesia, Makassar

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.