Siakap Keli

Kisah Pasangan Tak Percaya Hospital, Dihasut ‘Group’ Antivaksin, Anak Jadi Bagai Mayat Rentung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kes bayi dan kanak-kanak yang menderita akibat ibu bapa yang menolak untuk vaksinkan anak masih belum selesai sehingga kini.

Perkara ini sudah terbukti boleh membahayakan mereka namun masih ada golongan yang degil untuk tidak vaksinkan anak mereka.

Ikuti perkongsian yang telah dimuatnaik oleh seorang doktor Perubatan dan Bedah tentang pengalamannya yang pernah berhadapan dengan situasi seperti itu.

APA DOSA ANAK INI

Tak silap aku , lebih kurang 3 tahun lepas . Masa tu aku baru bukak klinik pertama aku di Kota damansara . Klinik Medissa Medical & Dental Kota Damansara
( Sekarang hanya dental sahaja )

Bulan ke 3 beroperasi , Lebih kurang 950 Malam , Masa tu klinik dah kemas , Nak tutup dah , Semua staff sedang bersiap untuk pulang .

“ Knock knock “ Ada satu ketukan di pintu hadapan , Satu kelibat putih yang sedang mengendong anak berdiri didepan pintu kaca klinik …

Staff aku menggelabah masuk dalam bilik ..

“ Doktor ada orang kat pintu depan , Nak accept atau kata nak tutup ?” Balas Staff aku

“ Hmm … Mesti ada kecemasan tu … Takpelah , Panggil je masuk … Register pakai kad je dulu , Sebab sistem komputer dah tutup kan .. Takpe panggil je masuk ..” Balas Aku

Si ibu dan anak yang dikendongkan itu meluru masuk , Dalam keadaan panik …

Aku melihat dari CCTv, Aku terus bangun buka pintu , Minta pesakit masuk terus ke dalam bilik konsultasi …

Berdegup pantas jantung aku masa tu

Ya allah …
Berdegup pantas jantung aku masa tu ..
Keadaan anak dia yang dah penuh kemerahan , Penuh dengan luka yang terkopek seluruh badan , Yang paling menyedihkan , Bila bau hanyir nanah yang terlekat pada kain balut , Kuat baunya makin menusuk ….

Aku terus sarungkan Mask . Bukan apa , Memang aku tak boleh tahan bau hanyir yang kuat tu …

“ Anak umur berapa ni ?” Tanya aku

“ 7 Bulan doktor ..” Balas Ibu

“ Dah berapa lama jadi macam ni ? “ Tanya aku sambil menggigil tangan aku cuba menyelak kain bungkusan yang membaluti anak nya itu

“ , Awal2 dulu tompok2 je , Demam … Panas , tapi lama lama jadi macam ni ..” Balas Ibu

“ Hmmm , Ok tapi dah berapa lama sampai jadi macam ni ..”? Tanya aku

“ Nak masuk 10 hari dah doktor .. “ Balas ibu sayup …

“ Hah ?? 10 Hari ? Habistu dalam masa 10 hari tu , Anak boleh minum tak ?” Tanya aku

“ Hmmm , Anak taknak minum , Saya kasi minum dia muntah ..” Balas Ibu

“ Habis tu … Kenapa tak bawak hospital terus ?” Tanya aku

“ Hmmmm …. “ Ibu hanya mendengus …Senyap tidak berkata apa
Sambil aku mendukung anaknya itu , Aku letakkan atas katil …

Aku bukakan kain balutan itu …

 Dah macam mayat rentung dah budak ni

“ Ya allah …. Dah macam mayat rentung dah budak ni , Suhu badan 40 , Tachypnic , Bernafas laju , Pulse very weak , Extreme dehydration , Tachycardia .. ya rabbi mak dia ni dah kenapa simpan budak ni sampai macam ni …” Teriak hati

Aku selak lagi kain tu sampai terbuka sepenuhnya ..

Aku nak ambil blood pressure pun tak sampai hati aku nak balut Cuff tu pada lengan budak tu ..

Lengan dia pun dah luka2 , Dengan bernanah sana sini ..

Allahuakbar ! Apa dah jadi dengan kau ni dik …” Bisik hati

Aku ambil kain gauze bersih dengan sapuan gel pada lengan bayi itu , Aku likitkan pada lengan … Untuk bacaan Tekanan darah ..

Automatik pun Fail
Aku attempt manual …

Terbeliak biji mata masa tu
Hypovolemic …

Aduh , Budak ni dah septic Shock dah ni

Septic shock secondary to Staphylococal Bacterial Infection Secondary to unknown Earlier viral ​infection

Septic shock ni boleh tarik nyawa orang dewasa sekejap je , Apatah lagi kanak kanak ….

Masa tu aku dah tak boleh tahan ..
Aku toleh pada ibu

“ Kenapa sekarang !!!!” Tanya aku dengan nada yang lebih serius sambil aku arahkan staff aku untuk ambil bacaan gula dan sediakan Iv Drip air …

“ Hmm … “ Ibu hanya terdiam dan menunduk

“ Eh , Awak dera anak awak sendiri ke ni ?”

“ Eh , Awak dera anak awak sendiri ke ni ?” Tanya aku , sengaja aku membuat tuduhan supaya ibu menceritakan hal sebenar ..

“ Takk !! Saya tak dera dia !! Saya bukan ibu macam tu !!” Jerit ibu semula

“ Habis tu !! Why now ??!!” Teriak aku semula…

“ Doktor .. Blood sugar – 3.1” Balas Misi

Aku menoleh pada ibu …

“ Hmmm … Sebenarnya .. Saya ingatkan setiap penyakit boleh baik sendiri .. Saya tak suka ubat hospital , Saya tak suka benda asing masuk dalam anak saya ..” Balas Si ibu akhirnya berterus terang bila dia tahu anak dia dah semakin kritikal

“ Hah ?!! Apa ni … Siapa ajar u benda2 macam ni …!! Ini nama dia ikhtiar dan usaha … Kalau tak kenapa dalam dunia ni ada hospital kalau perubatan moden tu bahaya ??!” Tanya aku semula

Si ibu menggelengkan kepala

“ Saya punya group Ibu , Semua tak sarankan ubat hospital , Mereka semuanya rawat anak dirumah sendiri , Dengan herba , Habatus sauda dan macam macam lagi ..Mereka ada jual produk herba sendiri .. Kita pakai herba tu je selama ni … “ Balas Ibu

“ Habis tu anak Ni vaksin tak ? Dah masuk 7 bulan ni ..” Balas Aku

“ Vaksin masa lepas beranak tu je .., Lepas tu tak vaksin .. Group saya marah..

“ Vaksin masa lepas beranak tu je .., Lepas tu tak vaksin .. Group saya marah .. Katanya vaksin tak halal .. Dan rosakkan organ bayi , Mereka menentang dan pastikan saya tak pengaruh dengan ubatan moden ni semua ..” Balas ibu lagi

“ habis tu kenapa sekarang baru cari klinik ?” Tanya aku

“ Hmmm .. Sebab dah masuk hari ke sepuluh … Tak baik baik lagi … Saya tak tau nak buat apa …..” Balas Ibu

Staff aku sedang menolak troli kecemasan ke arah katil …

Aku mula pasangkan Oksigen pda bayi itu ..

Aku mula mencapai Iv drip , Untuk resus air drip sementara tunggu ambulans …

“ Puan , Sekarang ni saya kena resus anak awak dulu , Saya kena fix dehydration dan gula dia dulu . Sementara tu saya akan refer hospital .. Anak awak kena hantar ke zon merah kecemasan dengan segera ..” Balas Aku

Si ibu hanya mengangguk … Tak berkata apa apa …

Aku mula ambil jarum branula , Allahuakbar tak sanggup betul rasanya untuk aku genggam tangan anak itu , Dalam keadaan kulit yang bernanah dan terkopek tu .. Tapi apa kan daya …

Aku harus juga pasang IV line .. Demi nyawa ..

Disaat aku memegang tangan halus itu , Beberapa kulit kering yang terkopek mula bergerak , Isi berlendir itu mula mengalir …

“ Ya allah , Sorry adik , Doktor tau awak sakit … Maaf kan doktor .. Terpaksa cucuk ..” bisik hati aku , Aku hampir kalah dengan perasaan itu

Tangan aku menggigil beberapa kali sebelum aku mula mencucuk

“ Ya allah , Kenapa aku menggigil sangat ni ! Tolong la ya allah !” Bisik hati

Sekali lagi cubaan aku untuk mulakan cucukan pertama terhenti , Kerana tak sanggup aku lihat keadaan tangan anak itu

Anak itu tak mengangis ..
Kerana dengan keadaan yang sangat lemah itu , Nak menangis pun tak ada tenaga

Tapi aku yakin , Anak itu sedang dalam kesakitan yang tak tertanggung …

“ kringg ..” Satu panggilan yang datangnya dari telefon bimbit si Ibu

Si ibu keluar untuk menjawab telefon

Mungkin si ibu tidak mahu aku mendengar segala perbualan itu …

Aku berjaya masukkan Line Iv ..
Iv Drip mula berjalan

Jam sudah pun 1015 , Staff aku seorang masih menunggu

“ Kita OT ya malam ni .. Nanti i bayar Ot ..” Balas Aku

Tak lama selepas itu

Si ibu masuk semula

“ Puan saya kena call hospital berdekatan untuk trasfer ke sana ..” Balas Aku

“ Hmmm , Saya tak nak pergi hospital ..” Balas Ibu

“ Tadi saya dah explain , Awak angguk tanda setuju .. Kenapa tiba2 ubah fikiran !!” Balas Aku

“ Saya taknak doktor … !! Saya taknak pergi hospital !” Balas Ibu

“ Hah ! Habis tu anak macam mana !! Awak tak nampak ke dia macam mana ni .. Ibu jenis apa awak ni ?!!!” Aku dah mula hilang kawalan ..

“ Lepas habis Drip ni , Saya nak bawak balik …”

“ Lepas habis Drip ni , Saya nak bawak balik …” Balas Ibu

“ Tak boleh !!” Balas aku

“ Kalau tak saya panggil suami saya ! Kami report polis , Awak tak dapat persetujuan kami , Awak buat sesuka hati , Itu bukan anak kamu !” Balas si ibu

Aku terngiang disitu

“ Aik ! … Hmmm .. Ternyata masa tu aku pun tak pasti dengan Undang undang … Apa patut aku buat ! Selama ni aku belerja di hospital kerajaan , Tapi bila dah uruskan klinik swasta sendiri , Aku tak pernah terlintas .. Perkara sebegini akan berlaku .. Dan Aku memang tak ada idea , Apa aku patut buat !” Bisik hati

Dulu pun dekat kerajaan dah kena cemuhan bermacam2 , Kali ni nak terlibat dalam kes polis pula

Aku masih lagi tergamam

“ Bam !!” Pintu aku dibuka kuat ..

Seorang laki masuk kedalam

“ Saya ayah bayi ni … Lepas habis drip kami nak bawa balik .. Doktor tak payah nak ajar saya …. Saya tau , Apa nak buat, Ini anak saya .. Saya tak benarkan dia ke hospital ..” Jerkah lelaki itu

Aku hanya tunduk …Tak mampu berkata apa apa lagi

Aku hanya mampu melihat anak itu

“ Aku doakan kau selamat dik … Aku doakan tuhan akan lindungi kau dari mereka ni..” Bisik hati Sambil aku mengusap jari anak itu

Jam 11 malam
Si ibu dan ayah tidak mahu menunggu lagi

“ Dah ! Cukup setakat ni , Cabut jarum tu , Kami nak balik , sekarang !” Balas si ayah yang sedang berdiri dibelakang isterinya itu

Aku tak mahu lagi berdebat

“Kerana mereka hanya mahu mendengar, APA yang hanya mereka mahu mendengar …”

Tak guna lagi aku jelaskan , Kerana aku sudah terangkan segalanya

Mereka mengambil bayi itu …
Mereka letakkan rm 50 diatas kaunter dan terus berlalu ….

Menggeletar aku malam tu
Apa yang pasti .. Aku tahu …
Anak itu akan mati jika tak malam ni , Mungkin esok berpandukan data yang aku periksa malam tu …

Apa yang ditulis atas kad pesakit itu adalah palsu semata

“ Misi , Ambik card pesakit tadi …” Balas aku

“ Awak isi kad ni tengok IC atau mak dia sendiri tulis ..” Tanya aku

“ Mak dia kata tak bawak ic , Jadi mak dia yang tulis ..” Balas Staff

Malangnya ..
Apa yang ditulis atas kad pesakit itu adalah palsu semata

No telefon tak wujud
NO ic salah
Alamat tak wujud

Cadangnya aku nak laporkan pada polis , Sebab aku taknak bersubahat , Dan aku sememangnya tak tahu nak buat apa masa tu

Aku tulis repot pada kementerian dengan data kad yang diisi secara palsu , Dan apa yang berlaku malam tu

Taknak lah satu hari nanti , Si ibu datang menyerang klinik aku semula , Sekurang kurangnya aku ada bukti yang aku cuba selamatkan anak itu

Itulah malam terakhir aku melihat wajah anak itu , Aku sempat tangkap gambar curi2 … tapi malangnya aku tak jumpa gambar tu …

Lihatlah dunia
Bila kita dikelilingi oleh golongan antivaksin , Golongan anti rawatan barat .

Bukan lah aku bangga dengan rawatan barat tu sangat, Tapi sekurang kurangnya , Setiap ubatan dikaji dan di perlihatkan oleh satu dunia tentang keberkesanannya …

Jika Allah Menentang , Sudah lama hospital semua ni dah dilaknat , Jika ini semua agenda yahudi ..!

Kerana pemikiran kau , Mudah di pengaruhi oleh golongan ANTI ni ..
Nyawa anak kau , Semudah itu kau permainkan …

Mungkin Hikmah dari tragedi ini , Tuhan beri aku peluang untuk jadi “ Social Influencer .. Agar cerita cerita sebegini boleh disampaikan …

Tolong Aku share .. Agar orang lain tidak terpengaruh dengan golongan ANTI ini , Yang mengagihkan idea idea menentang , Lalu menjual produk sendiri …

Penunggang Agama adalah Racun kepada agama sendiri . Mereka harus kembali kejalan yang benar

APA DOSA ANAK ITU PADA KAU ?

Tolong share dan tag semua kawan kawan agar kita dapat sampaikan kepada yang lain

Kisah ini 3 tahun sudah , Tapi golongan mereka semakin membiak hingga kini ..

Tanggungjawab siapa semua ini ?

Berapa ramai lagi pasangan yang penyayang diluar sana sedang berusaha untuk menimang cahaya mata ..?

Kita yang dah diberi rezeki anak ni pula sewenangnya menzalimi mereka.

Sumber : Facebook Yazeed Hair Johari

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)