Siakap Keli

Korang Alami Insomnia Setiap Malam? Ini 13 Tips Atasi Masalah Susah Nak Tidur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tuntutan kerja atau hal yang lain membuat kan seseorang itu perlu bekerja dan berjaga sehingga lewat malam.

Kadangkala , hal ini sudah menjadi kebiasaan dalam diri seseorang itu sehingga membuatkan dia susah untuk tidur.

Walaupun tubuh badan sudah terasa letih, tetapi mata masih juga tidak dapat lelap. Namun begitu, penting bagi seseorang itu untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup.

Ikuti perkongsian oleh doktor @HausofHilton tentang salah satu cara untuk mengatasi masalah insomnia ini.

Ramai nye mesej i tentang masalah tidur.

Insomnia mempunyai banyak sebab nya, tapi antara salah satu cara untuk mengatasi insomnia adalah dengan “sleep hygiene”

1. Anda kena lihat apa yang akan menolong anda tidur, Contoh mandi air panas sebelum tidur/ dengar musik.
2. Sediakan rutin sebelum tidur. Tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan (Weekend juga)
3. Bersenam setiap hari. Tapi jangan buat senaman berat sebelum masa nak tidur.
4. Elakkan tidur waktu petang.
5. Jangan ambil alkohol/kafein pada waktu petang terutamanya sebelum tidur.
6. Jangan makan berat 3 jam sebelum tidur.
7. Jangan merokok terutamanya waktu malam.
8. Jangan ada binatang peliharaan dalam bilik.
9. Guna mattress dan pillow yang sesuai dan selesa.
10. Pastikan bilik anda gelap dan sunyi. Elakkan benda seperti jam bercahaya dalam bilik.
11. Cuba minum susu hangat sebelum tidur.
12. Bertanya kepada doktor anda tentang relaxation theraphy, cognitive behavior theraphy.
13. Berkaitan ubat tidur – ia tidak harus menjadi pilihan pertama sebagai rawatan. Ubat tidur mempunyai kesan sampingan dan kita boleh ketagih kepada ubat itu. Sekiranya ia dimulakan, sebaiknya ia tidak diambil melebihi 2 minggu.
Pastikan anda buat diary tidur juga. Untuk membantu Doktor anda membuat penilaian tentang masalah anda.

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)