Siakap Keli

(Video) “Itu Iktibar..,” Suara Dipercayai Bisikan Misteri Selepas Kemalangan Cetus Seram

Memandu atau menunggang motosikal pada waktu malam kadang-kala memberikan rasa seram kepada sesetengah orang. Bukan sahaja khuatir dengan kebarangkalian yang mungkin berlaku, malah pengguna jalan raya juga boleh terdedah kepada kejadian mistik.

Begitulah situasi yang boleh digambarkan menerusi satu kejadian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Perkongsian daripada akaun Twitter @rahmankayy mengundang unsur mistik apabila rakamannya dipercayai diganggu oleh ‘suara misteri’.

Dalam perkongsian tersebut, dia menasihati warga Twitter untuk berhati-hati sekiranya menggunakan lebuhraya Pasir Gudang sekitar jam 2 atau 3 pagi. Ketika dia sedang merakamkan gelagat sekumpulan penunggang motosikal, tiba-tiba sahaja kedengaran ‘bisikan misteri’ yang menganggunya.

Menerusi ciapan yang lain, lelaki tersebut sedar akan misteri suara itu setelah disoal oleh kakaknya dan banyak pertanyaan menerusi Direct Message (DM).

Lagu dah habis tapi ada ‘bisikan misteri’

Musykil dengan soalan yang bertalu-talu, dia memainkan semula rakaman tersebut dan menyedari terdapat suara yang berbisik setelah lagu di radio habis. Pada awalnya, dia mendakwa suara itu mengatakan “Istighfar”.

Lebih menguatkan andaiannya, terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berpatah balik dikatakan terdapat kemalangan yang melibatkan kumpulan penunggang tersebut. Disebabkan itu, dia mengandaikan bahawa bisikan itu memberikan peringatan seakan “Itu Iktibar”.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ‘suara’ tersebut sememangnya mempunyai unsur mistik ataupun sememangnya suara daripada radio berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa bimbang dan meremang apabila mendengar suara misteri tersebut.

“Seram la woii”

“Meremang siott, suara dia betul-betul kat speaker”

“Weii seram dengar, meremang bulu roma”

“Like seriouly, aku pun terdengar suara tu”

Sumber: Twitter @rahmankayy

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra