Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Langit Venezuela 'Berdarah', Cetus Kebimbangan Orang Ramai

Langit Venezuela 'Berdarah'
Kredit: X

Tular Langit Venezuela 'Berdarah', Cetus Kebimbangan Orang Ramai

Penduduk Caracas di Venezuela baru-baru ini dikejutkan apabila melihat langit bertukar warna jingga kemerahan seolah 'berdarah' pada petang Selasa lalu.

Fenomena berkenaan mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk spekulasi tentang apa yang sedang berlaku.

Apa yang membuatkan pemandangan itu kelihatan lebih menyeramkan dan misteri adalah awan yang tergantung rendah.

Fenomena langit berdarah berkenaan telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, malah ada sebahagian yang menganggap sebagai petanda buruk, dengan orang ramai berkongsi rakaman langit di kawasan berkenaan.

Apatah lagi pada 24 Jun lalu, Venezuela telah dilanda gempa bumi kuat yang mengorbankan hampir 2,000 nyawa.

Macam mana langit boleh bertukar merah?

Menurut penjelasan saintifik, fenomena yang disaksikan oleh penduduk Caracas itu dikenali sebagai "candilazo" atau Serakan Rayleigh, satu fenomena semula jadi.

Keadaan bertambah teruk disebabkan debu Sahara yang menyebabkan pemandangan yang indah namun menakutkan di bandar tersebut.

Lazimnya, Serakan Rayleigh menyerakkan panjang gelombang (cahaya) yang lebih pendek, seperti warna biru, dengan lebih kuat berbanding panjang gelombang yang lebih panjang, seperti warna merah, yang menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu siang.

Dalam kes ini, panjang gelombang yang lebih pendek telah diserakkan jauh, dan hanya panjang gelombang yang paling panjang dan paling hangat, iaitu merah dan jingga, yang berjaya menembusinya.

Oleh itu, orang awam hanya dapat melihat kedua-dua warna ini