Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Taufan Landa Australia Barat, Penduduk Gempar Lihat Langit Bertukar Merah

Taufan Landa Australia Barat
Kredit: Shark by Caravan via FB

Taufan Landa Australia Barat, Penduduk Gempar Lihat Langit Bertukar Merah

Keadaan langit yang bertukar berwarna merah menggemparkan penduduk di beberapa kawasan Australia Barat.

Perubahan warna langit ini juga dikatakan berlaku ekoran daripada Taufan Tropika Narelle yang berlaku di beberapa kawasan di situ.

Menurut perkongsian dari orang awam di media sosial, keadaan langit yang berwarna merah itu dikatakan berlaku selama beberapa jam dan disusuli dengan debu tebal yang menutup beberapa kawasan.

Salah seorang warga tempatan, Shark by Caravan telah berkongsi di laman Facebook situasi semasa kejadian itu berlaku.

"Inilah keadaan semasa. Saya dapat rasakan debu di bahagian mata dan mulut," kongsinya.

Taufan Landa Australia Barat
Kredit: Shark by Caravan via FB

Taufan itu juga dikatakan melintasi pesissir Coral Bay pada petang Jumaat sebelum bergerak ke Carnarvon.

Presiden Shire, eddie Smith berkata, kawasan Carnarvon telah diselubungi ribut debu berwarna merah selama kira-kira dua jam dengan tiupan angin mencecah 100km/j.

Taufan ini juga dikatakan telah memusnahkan harta benda dan tempat tinggal termasuk rumah, sekolah dan jalan raya.

Jalan raya juga telah ditutup di seluruh wilayah tersebut dan penerbangan dihentikan sementara waktu manakala sekolah ditutup dan pekerja lombong pula dihantar pulang.

Memetik laporan dari ABC News, pihak berkuasa tempatan telah memberi amaran awal bahawa cuaca ekstrem yang berlaku ini masih belum berakhir.

Selain itu, bumbung sebuah pusat pemindahan di Exmouth yang menempatkan 40 orang mangsa yang dipercayai berlindung dari taufan itu juga dilaporkan tercabut angkara angin dan ribut kategori empat dengan kelajuan 250km/j melanda kawasan tersebut.

Malah, bandar itu juga telah terputus bekalan elektrik dan air ekoran dari kejadian tersebut.

"Keadaan di bandar itu merosot pada petang Khamis dan masih terdapat beberapa jam lagi sebelum keadaan bertambah baik di kawasan Exmouth," lapor ahli meteorologi BOM, James Ashley.

Selain itu, sebahagian besar kawasan pesisir Gascoyne dan Midwest juga dilaporkan berada di bawah amaran kecemasan.

Taufan Landa Australia Barat
Kredit: ABC News

Bagaimanapun, Biro Meteorologi (BOM) menjangkakan bandar di selatan Denham pula akan terjejas teruk walaupun taufan semakin berkurangan.

Di bahagian utara di Onslow pula, video memaparkan jalan utama telah ditenggelami air dengan penduduk tempatan melaporkan rumah mereka turut dilanda banjir.

"Setakat ini, tiada laporan kecederaan dilaporkan berlaku," lapor wakil dari Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan (DFES), Darren Klemm.

Kredit: ABC News

Rentetan itu, penduduk di Exmouth dan Onslow diminta mengelakkan penggunaan air yang tidak penting terutamanya ketika waktu baik pulih sedang dijalankan.

Ribut taufan ini dijangka akan terus bergerak pantas ke selatan-tenggara dan mungkin akan melemah pada hari ini.

"Kesannya akan bertambah hingga ke Central West sebelum merebak lebih jauh ke pedalaman dan ke selatan merentasi South West Land Division.

"Tiupan angin yang kuat dan hujan lebat juga dijangka akan berlaku dan kemungkinan ombak ribut berbahaya sepanjang 800 kilometer di kawasan pantai antara Onslow dan Denham juga akan berlaku," lapor BOM lagi.