Siakap Keli
Gambar: MMA Mania

(Video) “King Tidak Ke Mana-Mana, Beritahu Mereka Saya Datang” – Khabib

Nama Khabib Abdulmanapovic Nurmagomedov sememangnya sinonim di pentas seni bela diri campuran. Rata-rata mengenali beliau sebagai seorang lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion (UFC).

Namanya terus menjadi bualan dunia setelah berjaya menewaskan Conor McGregor sebelum ini.

Kemenangan itu telah mengejutkan dunia ekoran Conor McGregor merupakan bintang utama di dalam arena sukan tersebut. Ianya bagaikan melonjakkan nama Khabib ke satu tahap yang berbeza dalam kariernya.

Sejak kebelakangan ini, nama Khabib sedikit tenggelam berbanding McGregor yang menggemparkan dunia seni mempertahankan diri yang berjaya menewaskan lawannya tidak sampai 40 saat.

Tidak berdiam diri, Khabib nampaknya memberikan ‘amaran’ bahawa dia akan kembali.

‘Raja’ tak akan ke mana-mana.

Beritahu mereka saya datang.

Sejurus selepas kemenangan McGregor menewaskan Donald “Cowboy” Cerrone dalam tempoh 40 saat, mata peminat sukan tersebut tertumpu kepada Khabib Nurmagomedov yang mengharapkan mereka dapat mengadakan perlawanan semula.

Gambar: CNN

Walau bagaimanapun, portal CNN mendedahkan bahawa perlawanan ulangan antara dua bintang tersebut bernilai sekitar $100 Million. Pun begitu, ianya bergantung kepada kedua-dua bintang itu sekiranya sanggup menanggung perbelanjaan tersebut.

Perkongsian Khabib itu telah mendapat perhatian peminat sukan tersebut yang nyatanya bersetuju dan memberi sokongan kepada dirinya.

“Alhamdulillah, kami adalah juara yang sebenar”

“Sekarang adalah masa Khabib”

“Woi!! khabib nak sampai dah”

Sumber: Khabib_nurmagomedov

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra