Siakap Keli
Kredit: Akashah

(Video) Terpisah Lebih 40 Tahun, ”Reunion” Dua Kawan Lama Bekas Komando Buat Bergenang Air Mata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun masa dan jarak memisahkan, persahabatan sejati takkan pernah putus. Bahkan, persahabatan kerana tuhan akan terus berkekalan sehingga ke syurga.

Baru-baru ini, seorang pemuda bernama Akashah menzahirkan rasa tersentuhnya menyaksikan pertemuan bapanya dengan seorang kawan lama.

Menurutnya, mereka berdua merupakan teman baik sejak zaman bekerja sebagai askar komando suatu ketika dahulu.

“Berkawan sejak kerja askar komando dulu. Ni dah 46 tahun mereka tak berjumpa. Mohon doakan kesihatan mereka berdua, aamiin,” tulisnya.

Tak minta banyak, cuma tolong doakan abah

Video penyatuan semula penuh emosi itu membuatkan netizen tersentuh dan berharap bakal mempunyai sahabat sejati seperti kedua-duanya serta mendoakan mereka.

Syahdu

“Mereka tak boleh henti peluk satu sama lain.. “

Harap ada kawan macam ni

Moga pakcik berdua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki

Dua orang yang bersahabat kerana Allah

“Jumpa balik kat dunia pun dah seronok, kat syurga mesti lagi bahagia..”

Sumber: Akashah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.