Siakap Keli

Semua Terkorban, Pesawat Pengebom Air Dalam Misi Padam Hutan Terbakar Australia Terhempas

3 orang dilaporkan terkorban selepas sebuah pesawat pengebom air terhempas ketika memadam kebakaran hutan yang terjadi di Australia.

Pesawat jenis C-130 Hercules itu tersebut telah terputus hubungan pada Khamis kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Walau bagaimanapun, punca kejadian yang berlaku di Snowy Mountains, New South Wales itu belum dapat diketahui. Kesemua mangsa adalah merupakan anggota bomba warga Amerika Syarikat.

Lebih daripada 80 kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan itu selepas cuaca panas dan berangin melanda negara tersebut.

Difahamkan, pesawat tersebut telah terhempas di dalam zon kebakaran aktif yang terletak 2 jam dari bandar Canberra, kata wakil dari Rural Fire Service.

“Laporan awal menyatakan bahawa pesawat tersebut telah terhempas, dan terdapat kepulan api yang besar ketika pesawat itu terhempas,” ujar Pesuruhjaya Shane Fitzsimmons.

3 orang krew yang terkorban itu belum dikenal pasti lagi.

Susulan daripada tragedi itu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison telah menzahirkan ucapan takziah pada keluarga mangsa menerusi akaun Twitter rasminya.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.