Siakap Keli
Kredit: Info Kemalangan & Bencana Malaysia, Info Roadblock JPJ/Polis

“Tengok Berapa Motor Kau Langgar?” Seorang Maut, 2 Cedera Dipercayai Dilanggar Ford Ranger Didakwa Dipandu Lelaki Mabuk

Klang, 23 Jan – Seorang maut manakala dua lagi cedera setelah seorang lelaki dipercayai emmandu kenderaan pick up Ford Ranger merempuh ketiga-tiga mereka dalam satu kemalangan di Jalan Kebun, di sini pagi tadi.

Menurut laman facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia, pemandu berkenaan didakwa mabuk.

Dalam kejadian itu, pemandu itu dikatakan melanggar tiga buah motosikal sebelum merempuh penghadang parit.

Suspek telah ditahan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, seorang mangsa yang terselamat mendakwa mereka telah dilanggar dari belakang oleh pemandu berkenaan.

“Dia straight, dia terus hentam kitorang!” katanya penuh kemarahan.

“Woi berapa motor you hentam?”

“Tengok, satu (seorang) dah meninggal,” kata salah seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut video berkenaan, pemandu itu dikatakan tidak turun dari kenderaan untuk melihat keadaan mangsa sehinggalah dia diheret keluar.

Orang awam membantu salah seorang mangsa.
Mangsa yang maut dirempuh.
Salah seorang mangsa lain yang cedera.
Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis
Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Amira

Love yourself.