Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Cedera Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 12 Pangsapuri
JOHOR BAHRU, 8 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala abangnya cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata mangsa berusia lapan tahun ditemukan di aras tujuh pangsapuri berkenaan pada 7.59 pagi, diikuti abangnya yang berusia 10 tahun selang seminit kemudian.
"Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Radin Ramlan berkata kes masih lagi dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan kemudian.
Kejadian itu tular menerusi platform Threads selepas dimuat naik oleh orang awam yang berada di kolam renang berhampiran lokasi kejadian.