Siakap Keli

“Tak Pernah Dapat Peluk Macam Ni,” Luahan Hati Anak Yatim Piatu Ini Buat Hati Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi yatim piatu ketika usia masih kecil membuatkan seorang anak kecil tidak dapat merasa kasih sayang serta belaian insan yang bergelar ibu dan bapa.

Hal ini kerana, diwaktu kawan-kawan lain bermain dan berpimpinan tangan bersama ibu dan bapa anak kecil ini hanya mampu melihat.

Ikuti perkongsian oleh Raja Shamri di laman Facebooknya tentang seorang anak kecil yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah.

Yang menyedihkan lagi, apabila anak kecil itu berkata bahawa tiada siapa yang pernah memeluk dia seperti itu.

Saya tak pernah peluk anak yatim piatu adik Hafiz Danial ini macam ni. Entahlah. Lepas solat isyak berjemaah tadi terasa macam nak peluk dia. Subhanallah … Allah berikan satu perasaan luar biasa dalam diri saya.Rasa berdebar dan terharu sangat.

Rasa macam satu perasaan pelik. Terasa seperti ada banyak mata yg memerhati dan berada di sekeliling. Tiba-tiba diri ini pulak yg terasa malu dan terasa hina. Jika diri ini berada di tempatnya, yatim piatu dan miskin adakah orang yg akan menyayangiku seperti ini. Apatah lagi jika cacat tak ada kaki sebelah macam diri ini.

MasyaAllahh …

Anak yatim piatu ini tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ayahnya meninggal sewaktu adik Hafiz masih baby. Masa itu ayah dan ibunya kak rohana bekerja sebagai buruh binaan di Sarawak. Bila Ayahnya meninggal, kak Rohana bawak adik Hafiz kembali je kampungnya di pedalaman Kelantan.

Kak rohana adalah asnaf yang Kita sama-sama bantu satu masa dulu. Kak Rohana meninggal dunia akibat pelbagai penyakit 2 Bulan Lepas setahun selepas Kita bina sebuah rumah utknya menggantikan rumah lamanya yg sangat uzur.

“Tak ada sesiapa pernah peluk saya macam ni,”

Anak ini tak pernah sesiapa peluk macam ni. Dia bisikkan Kat saya tadi …”Tak ada sesiapa pernah peluk saya macam ni,” katanya.

Hati ni jadi sebak tak terucap. Dia bukan darah daging saya tetapi terasa seperti ada amanah Allah untuk Saya sempurnakan. Untuk Kita sama-sama rebutkan saham akhirat darinya.

Saya usap ubun ubunnya dan bisikkannya nasihat dan doa. Terdiam dia bila dipeluk sebegitu. Jauh di sudut hati saya agar dia dapat rasakan erti kasih sayang dan perhatian. Dulu sewaktu dalam ceramah saya, selalu saya kongsikan kepada parents supaya peluklah anak-anak kita sebelum mereka dipeluk.

Semoga Allah ampuni dosa2 Kita dan berikan kita semua peluang untuk sama2 sebarkan gelombang kasih sayang ini sejauhnya dan mengumpul saham akhirat sebanyaknya sebagai bekalan.

Jommm jadi orang baik-baik.
Selamat malam Malaysia.

Sumber : Raja Shamri

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)