Siakap Keli

Terkini: Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019-nCOV, di sebuah hospital di Sabah adalah negatif.

Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat-empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV, masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah yang dilaporkan terdahulu, adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, gejala yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan oleh jangkitan influenza.

Merujuk kepada Kenyataan Akhbar KPK bertarikh 23 Januari 2020 mengenai satu kes yang disyaki 2019-nCoV yang sedang dirawat di wad isolasi di sebuah hospital di Sabah.

Dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki tersebut oleh pihak IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), mengesahkan beliau NEGATIF bagi jangkitan Novel Coronavirus. Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A. Beliau kini telah beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : Noor Hisham Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra