Siakap Keli

(Video) Dipercayai Langgar Lampu Merah, Penunggang Motor Bergolek Atas Jalan Rempuh Kereta

Satu rakaman memaparkan seorang penunggang motor yang melanggar sebuah kereta kerana dipercayai melanggar lagu merah telah tular di media sosial.

Kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 7.48 pagi itu menunjukkan seorang penunggang motor yang memandu secara laju dari arah kanan video tersebut telah merempuh sebuah kereta yang sedang membelok di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Video yang berdurasi selama 41 saat itu didakwa berlaku di Petaling Jaya. Penunggang motor itu dipercayai telah melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kereta.

Pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian bertindak memparkir kenderaan mereka di tepi jalan bagi memberi bantuan kepada penunggang motor tersebut.

Video berkenaan boleh memberi iktibar kepada kita supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Sumber: My Watch

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.