Siakap Keli
Kredit: Google

Koronavirus: 8 Bandar Dikuarantin, Sambutan Tahun Baru Cina Dibatalkan, Sekolah Ditangguh

Sebanyak lapan bandar termasuk Wuhan dikuarantin susulan penyebaran wabak yang meragut 25 nyawa sejak mula dikesan pada Disember lalu. Semua penduduk dan pengangkutan tempatan dihalang keluar masuk ke bandar terlibat.

Semua jalan pengangkutan udara, air dan darat yang menghubungkan Wuhan ke bandar lain di wilayah Hubei disekat, lapor South China Morning Post (SCMP).

Antara bandar yang terlibat dalam kuarantin tersebut adalah Wuhan, Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantoa, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.

Pihak berkuasa Hubei turut mengarahkan semua sekolah menangguhkan pembukaan sekolah musim bunga di sana.

Selain itu, operasi agensi pelancongan tempatan dan perkhidmatan e-hailing turut dihentikan.

Orang ramai meninggalkan Wuhan sebelum bandar itu dikuarantin. (Kredit: CNN)

Berdasarkan laporan NY Post, Beijing turut membatalkan semua festival Tahun Baru China di sana bagi mengelakkan penularan wabak yang tersebar dari manusia ke manusia itu.

“Bagi mengawal epidemik ini dan melindungi nyawa orang ramai, kurangkan perhimpunan dan memastikan orang ramai menyambut Festival Musim Bunga yang harmoni, kami membatalkan semua pesta skala besar di Beijing bermula hari ini,” kata Biro Kebudayaan dan Pelancongan Beijing dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan China memperuntukkan sebanyak 1 billion yuan bersamaan kira-kira RM585.7 juta untuk membendung penularan wabak itu.

Sumber: South China Morning Post, NY Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.