Siakap Keli

Rambut Dirosakkan Sepupu, Pengantin Terpaksa Pakai Rambut Palsu Di Hari Perkahwinan

Seorang pengantin perempuan terpaksa membelanjakan lebih £ 1,000 (RM5,345) untuk membeli rambut palsu pada majlis perkahwinannya selepas rambutnya dirosakkan oleh sepupunya.

Pada awalnya dia mahu rambutnya kelihatan panjang dengan beberapa tambahan baharu, tetapi sebaliknya dipotong.

Sepupunya yang merupakan seorang penandan rambut telah menawarkan diri untuk membuat wajahnya yang baru.

Kejadian itu menyebabkan pengantin telah meminta bayaran atas kerosakan yang dialaminya itu. Tetapi sepupunya itu enggan berbuat demikian.

Seorang lagi sepupunya bertindak membantu dengan menawarkan wang kepada pengantin perempuan. Untuk menyelamatkan pengantin perempuan itu, mereka menggunakan wang tersebut untuk membuat rambut baru di salon.

Bagaimanapun, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Kemudian, pengantin perempuan berkeras agar sepupunya membeli rambut palsu untuk majlis perkahwinannya.

Kejadian berlaku dua bulan sebelum majlis perkahwinannya dan rambutnya tidak tumbuh tepat pada masanya.

Sumber : Mirror

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)