Siakap Keli

Tak Berhati Perut, Pasangan Dari China Didakwa Tinggal Anak Di ”Airport” Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Perayaan Tahun Baru Cina lazimnya adalah masa untuk disambut bersama keluarga, namun lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri ini apabila mereka didakwa meninggalkan 2 orang anak mereka di Lapangan Terbang Nanjing, China selepas salah seorang daripada mereka menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Menurut salah seorang penumpang yang memuat naik berkenaan insiden tersebut di akaun Weibonya, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut mula membuat kecoh selepas mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk menuju ke bandar Hunan awal pagi Khamis yang lalu disebabkan anak mereka itu dipercayai demam oleh staf lapangan terbang.

Dengan penularan virus maut dari Wuhan di China, seluruh lapangan terbang di China telah meningkatkan kawalan serta tidak membenarkan mana-mana penumpang yang demam untuk menaiki kapal terbang bagi mengelakkan virus tersebut tersebar dengan lebih meluas lagi.

Penjelasan dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh lapangan terbang itu walau bagaimanapun tidak berjaya memuaskan hati ibu bapa kanak-kanak itu. Perkara tersebut telah membuatkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan bertengkar dengan staf lapangan terbang sehingga menyebabkan penerbangan yang bakal dinaiki mereka itu tertunda selama 3 jam dan pintu masuk ke pesawat terpaksa ditukar sebanyak 2 kali.

Di pengakhirannya, ibu bapa tersebut didakwa bertindak meninggalkan kedua-dua anak mereka itu di lapangan terbang dan terus menaiki pesawat tersebut. Menurut sumber, kanak-kanak terbabit kini sedang dijaga oleh staf di lapangan terbang berkenaan.

Perkongsian seorang penumpang berkenaan dengan insiden ini telah menjadi tular di Weibo dengan hampir 300,000 reaksi dan lebih 11,000 komen daripada netizen di laman sosial terbabit. Setakat ini, tiada mana-mana media tempatan yang dapat mengesahkan insiden itu berkenaan.

Sumber: Shanghaiist

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: