Siakap Keli
Sumber: Dailymail

(Video) ‘Jururawat’ China Dakwa Mayat Mangsa Koronavirus Ditinggalkan Atas Lantai Hospital

Tular di media sosial satu video yang mendakwa mangsa virus yang dijangkiti dibiarkan berada di atas lantai sebuah hospital di China.

Setakat ini, virus berbahaya itu telah mengorbankan 26 rakyat serta 830 orang telah dijangkiti.

Menurut laporan media, video tersebut diambil oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai seorang jururawat dan menyebarkan rakaman tersebut di media sosial.

Video itu menyaksikan sosok-sosok tubuh dipercayai mayat pesakit koronavirus dilitupi kain putih dan ditinggalkan di lantai yang dalam pada masa sama pekerja perubatan juga sedang melakukan pemeriksaan.

 

Koronavirus telah melanda beberapa negara di Asia yang dikatakan telah merebak melalui batuk dan selsema.

Beberapa tempat pelancongan, jalan raya serta pengangkutan awam di China juga telah ditutup ekoran wabak ini.

Sumber: Dailymail 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra