Siakap Keli

Pinggang Wanita Hancur Teruk Gara- Gara Letak Kaki Atas ‘Dashboard’

X-ray yang mengerikan memperlihatkan kecederaan pinggang yang dialami oleh seorang wanita muda telah didedahkan oleh pihak polis sebagai amaran kepada penumpang-penumpang kereta untuk tidak meletakkan kaki di atas ‘dashboard’.

Pinggang wanita itu hancur sepenuhnya ketika dia terlibat dalam kemalangan yang memperlihatkan kakinya ‘disandarkan’ di atas ‘dashboard’ tersebut.

Polis Dyfed-Powys di Wales, Sarjan Ian Price, memuatnaik gambar ituuntuk memberi amaran kepada penumpang yang berada di hadapan supaya tidak terlalu santai menaikkan kaki.

“Jika anda melihat penumpang di sebelah melakukannya, hentikan pemanduan dan tunjukkan kepada mereka gambar ini.”

“Wanita di dalam X-ray ini selamat namun kecederaan yang dialaminya dianggap sebagai ‘perubahan hidup’,” katanya.

Bukan pertama kali, pada tahun 2017, seorang ibu yang terlibat dalam kemalangan kecil lumpuh selamanya kerana beliau ‘merehatkan’ kaki ke atas ‘dashboard’ di Chickamauga, Georgia.

Kemalangan itu juga menyebabkannya patah hidung, buku lali dan empat bahagian di kepalanya kerana ‘airbag’ ‘melemparkan’ kakinya ke mukanya.

Sumber: Daily Mail 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra