(Video) ”Kalau Dia Ada, Tiap-Tiap Hari Saya Nak Minta Maaf Dengan Dia..” – Datuk Jalaluddin Hassan

Sebut sahaja Datuk Jalaluddin Hassan, siapa yang tidak mengenali pelakon veteran yang terkenal ini.

Pernah melalui kehilangan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah pilu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai arwah isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwah sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa hiba ramai netizen.

”Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia. Saya ni garang kat rumah.. saya garang sebab saya nak yang terbaik. Saya nak isteri saya jadi yang terbaik..” kata beliau.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergaduh dengan arwah isterinya kerana orang ketiga.

”Percaya tak saya tak pernah bergaduh dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

Sempat memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

https://www.facebook.com/zayan.my/posts/1042898262739416

Sumber : Zayan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Nur Farra

Tambah komen

Dari Wiser.my