Siakap Keli

Datuk Bandar Wuhan Sedia Letak Jawatan Selepas Dikatakan Lambat Bertindak

Ekoran penyebaran wabak koronavirus yang bermula dari Wuhan, Datuk Bandar kawasan tersebut telah menawarkan perletakkan jawatannya. Tindakan itu bakal dibuat sekiranya dapat membantu kerajaan untuk mencegah penyebaran virus itu daripada terus berlaku.

Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang juga mengakui bahawa bandar tersebut gagal untuk mendedahkan maklumat mengenai wabak k0ronavirus pada waktu yang tepat. Wabak penyakit ini telah membunuh lebih 80 orang di China sekaligus menjejaskan kepimpinan beliau.

Beberapa pegawai peringkat rendah di seluruh China telah digantung dari tugas kerana didakwa terdapat kelemahan bagi mengendalikan penyakit ini. Menurut Zhou, pendedahan maklumat kepada umum perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Oleh kerana ia adalah penyakit berjangkit, dan kita mempunyai undang-undang pencegahan penyakit berjangkit untuk diumumkan.

Sebagai pemerintah setempat, setelah mendapat maklumat, kita hanya akan mengumumkannya setelah mendapat persetujuan.

Tindakan itu diambil supaya penyebaran virus tersebut tidak terus berlaku. Pun begitu, Zhou berkata bahawa mereka tetap akan dipersalahkan oleh sejarah pada masa akan datang.

“Jika orang ramai fikir kita salah, kita akan meletakkan jawatan”

Sumber :Caixinglobal

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra