Siakap Keli
Sumber: Info Kuala Langat

29 Palapes Udara, Tiga Jurulatih Cedera Trak TUDM Terbalik

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Sejumlah 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara bersama tiga jurulatih cedera selepas sebuah trak tiga tan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di Bukit Jugra, Banting, Selangor.

Kejadian kira-kira 3.30 petang tadi dipercayai berlaku akibat brek kenderaan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu gagal berfungsi ketika menuruni bukit berkenaan selepas selesai menghantar barang di kawasan itu.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Banting dan Hospital Klang.

“Kenderaan tiga tan itu membawa pegawai kadet PALAPES udara dan jurulatih yang merupakan kumpulan pendahuluan untuk persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara yang bermula esok.

TUDM akan sentiasa memastikan pemantauan berterusan dan memberi bantuan yang sebaiknya kepada semua yang terlibat dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)