Siakap Keli
Kredit: Google

Penularan Wabak Koronavirus Mungkin Capai Kemuncak Minggu Depan- Pakar Respiratori China

China – Penularan wabak koronavirus dijangka bakal mencapai kemuncaknya pada minggu hadapan.

Dalam pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Ketua Pegawai Eksekutif World Health Organisation (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, Jinping menyatakan keyakinan mereka untuk membendung krisis tersebut.

Perjumpaan itu diadakan setelah jumlah kes seluruh dunia meningkat kepada 4,600 kes dengan 106 kematian di China. Sebanyak 1,771 kes baru dilaporkan di China Selasa lalu, peningkatan tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak mula merebak Disember lepas.

Sementara itu, pakar pernafasan, Zhong Nanshan merangkap ketua panel kebangsaan yang ditugaskan untuk menguruskan krisi berkenaan berkata puncak penularan dijangka berlaku pada minggu hadapan atau dalam 10 hari, tulis South China Morning Post (SCMP) semalam.

Orang ramai diarahkan memakai penutup muka di tempat awam. (Kredit: Google)

Walaubagaimanapun, kadar kematian dijangka menurun.

“Setakat ini, belum ada ubat dihasilkan untuk membunuh virus secara spesifik, namun saintis dan pekerja perubatan sedang mengkaji pelbagai cara.

“Penambahbaikan telah dilakukan dalam sistem sokongan hayat, kadar kematian dijangka menurun,” katanya seperti dilaporkan Xinhua.

Terdahulu, ketua pakar unit penyakit berjangkit di Hospital Beijing, Li Xingwang berkata, pesakit dengan gejala ringan memerlukan kira-kira seminggu untuk sembuh manakala mereka yang mempunyai simptom serius memerlukan dua minggu atau lebih.

Sesetengah pesakit tidak menunjukkan simptom pneumonia dan hanya mempunyai demam biasa atau batuk sementara sebahagian yang lain mengalami kegagalan dan masalah pernafasan, katanya.

Sumber: South China Morning Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.