Siakap Keli
Foto: Google

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

PUTRAJAYA, 30 Jan – Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan hari ini, susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata jawatankuasa itu diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama dengan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

“Jawatankuasa itu bertujuan mengatur proses membawa pulang warga Malaysia dan keluarga mereka dari kota Wuhan di wilayah Hubei, China.

“Gerak misi bantuan sedang diatur dengan Wisma Putra, bagi mengumpul jumlah sebenar rakyat Malaysia untuk dibawa pulang,” katanya pada sidang media perkembangan terkini isu koronavirus di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata Wisma Putra turut meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa China berhubung misi itu.

Katanya turut menganggotai jawatankuasa itu adalah syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines Berhad.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)