Siakap Keli
Sumber: AtengSepet

(Video) Hanya 50 Hari Bernikah, Isteri Luah Rasa ‘Rindu Tak Berpenghujung’ Terhadap Arwah Suami

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan perkara yang mudah untuk membuang memori terindah dengan orang tersayang apatah lagi dia meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kehilangan suami diibaratkan seperti hilang separuh jiwa, tempat bergantung dan tempat bermanja.

Ya, jodoh ajal dan maut itu semuanya ditangan Tuhan. Tetapi kerinduan kepada seseorang itu membuatkan wanita ini tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah suaminya.

Perkongsian ini telah menjentik hati kecil ini untuk menangis apabila sudah tiga tahun berlalu kehilangan suami tercinta namun kekuatan yang ada pada sang isteri ini sangat terharu. Wanita ini masih menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua walaupun seorang diri.

“Walaupun kita terpisah jauh antara 2 dunia, rasa cinta aku pada kau masih seperti dulu…”

Happy anniversary yang ke 3 tahun sayang! Walaupun kita terpisah jauh antara 2 dunia, rasa cinta aku pada kau masih seperti dulu. Rindu kau abang. Rindu. Dan rindu ni sakit. 3 tahun aku sambut anniversary tanpa kau. Perit sebenarnya. Aku happy orang wish bfday (birthday) aku, tapi…

… sakit gila dada aku bila kenang, bfday aku same date dgn anniversary kita. Last kau wish bfday aku, masa hari kita nikah. Itu yang pertama & terakhir. Tak sempat aku nak ‘paw’ kau hadiah bfday & anniversary. Pandai kau kan?

50 hari je aku sempat hidup dgn kau. Tapi 50 hari tu cukup bermakna untuk aku. Thank you for that abang. Allah tu baik bang.

Foto: Twitter Atengsepet

Dia dah atur cun cun. Kita nikah time bfday aku. 1 date. Bila kau pergi, Allah tahu aku akan double sedih bila sampai date tu. Jadi, Allah dah set baik. Dia tak nak aku sedih lama-lama.

Happy 3rd Anniversary sayang. Aku tetap sayang kau sampai syurga. Nama kau tak pernah lekang dari doa aku. Jodoh kita kat dunia ni kejap sangat. Mana tahu kau jodoh aku kat sana nanti. I love you with no end Kapten Sazali Sakiran.

Foto: Twitter AtengSepet

Semasa dihubungi, wanita ini menceritakan arwah meninggal 3 tahun lepas pada 21/03/2017, masa hari ulangtahun kelahiran papa saya. Saya nikah pada ulangtahun kelahiran saya 29/01/2017. 50 hari je. Arwah meninggal dunia masa buat kerja dlm laut, diving di Pulau Sembilan, Lumut.

 

Sumber: Ateng Sepet

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)