Siakap Keli

Koronavirus: Thailand Sahkan Kes Pertama Berjangkit Dari Manusia Ke Manusia

Wabak koronavirus yang kian tular di dunia ini tidak dapat dinafikan semakin membimbangkan. Dengan jumlah kes serta angka kematian yang semakin meningkat, wabak ini pastinya akan mencatatkan sebagai virus yang paling bahaya yang pernah dijangkiti manusia.

Menurut seorang pegawai kesihatan Thailand, kes pertama penyebaran wabak koronavirus adalah disebabkan oleh penghantaran antara manusia ke manusia.

Perkara tersebut disahkan apabila kes yang dicatatkan seorang pemandu teksi positif koronavirus walaupun tidak mempunyai rekod perjalanan ke China. Beliau mungkin dijangkiti oleh pelancong dari China.

Kes-kes sebelumnya di Thailand juga mungkin berpunca dari pelancong China atau rakyat Thailand sendiri yang melawat ke China, dimana virus itu berasal.

Sumber: The Straits Times

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)