Siakap Keli
Kredit Foto: The Sun

(Video) Gempar, Nelayan Dakwa Tangkap Makhluk Misteri ‘Berkaki’ Tiga, Rupa Macam Sotong Kurita

Seorang nelayan terkejut apabila menjumpai satu hidupan laut yang aneh kerana mempunyai sesungut seperti sotong kurita namun hanya terdapat 3 sesungut sahaja berbanding sotong kurita yang mempunyai 8 sesungut.

Menerusi satu video pendek yang tular di laman sosial itu, kelihatan binatang aneh itu mempunyai ciri-ciri yang agak pelik dengan mempunyai kepala dan mulut yang besar serta mempunyai sesungut seperti sotong kurita.

Namun begitu, lokasi sebenar binatang aneh tersebut dijumpai tidak dapat dikenal pasti.

Menerusi rakaman video tersebut juga, kedengaran satu suara yang bertanyakan kepada ibunya apakah haiwan yang dijumpai itu.

Namun, ibunya itu juga mungkin tidak pernah melihat serta tidak mengetahui binatang apakah yang sedang dilihatnya itu.

Selain itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen mengenai binatang tersebut dilihat seperti campuran daripada sotong dan seekor tupai.

Sumber: The Sun, 3W-News

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.