Siakap Keli
Kes Faisal Halim Disimbah
Kredit: Gambar Tular

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Seorang Lagi Suspek Ditahan

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Seorang Lagi Suspek Ditahan

Seorang lagi individu ditahan berhubung kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

“Suspek berumur 30-an itu ditahan sekitar lewat petang Isnin, suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk proses reman,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Terdahulu, pihak polis memaklumkan seorang lelaki cipercayai terbabit dalam kes ini telah ditahan di Pandan Indah, Ampang, pada Ahad.

Dimaklumkan, lelaki berusia lingkungan 20-an itu direman dua hari sehingga siasatan lanjut selain bagi mengenal pasti motif kejadian.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian pada Ahad melaporkan pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Susulan kejadian itu, Faisal dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

BACA: Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas – Shahril

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.