Paip Pun Boleh Tersumbat Angin, Ini Cara Baiki Paip Air Perlahan
Air merupakan sumber dan satu keperluan asas yang penting dalam kehidupan harian. Hampir setiap hari sumber ini digunakan seperti membasuh pinggan mangkuk, kereta, mandi dan banyak lagi.
Disebabkan itu, wujudnya pili paip sebagai medium untuk menyalurkan air ke setiap petempatan. Langkah ini secara langsung memudahkan urusan orang ramai kerana dapat menikmati air bersih di rumah masing-masing.
Walau bagaimanapun, paip air kadangkala tidak berfungsi dengan baik misalnya air yang keluar dari pili perlahan.
Perkara ini tentunya menjejaskan ‘mood’ lebih-lebih lagi sewaktu hendak menyucikan diri. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya mudah sahaja untuk membaiki masalah pili paip di rumah?
Oleh itu. SK hari ini akan berkongsikan tips yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @zammenyelenggara , mengenai ‘kenapa’ air menjadi perlahan.
Ini cara atasi masalah air paip perlahan
Katanya, masalah ini berkemungkinan berpunca daripada angin yang terdapat di dalam paip, mengakibatkan air menjadi perlahan.
“Daripada ada (air) terus takde,” katanya yang menguji pili air di dalam bilik air.
BACA: Hampir Dua Minggu Dirawat, Anak Dibenarkan Lawat Faisal Halim Dari Jarak Jauh
Macam mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Berdasarkan klip tersebut, pertama sekali dia membuka kepala paip, membiarkan air yang perlahan itu kembali kepada tekanan laju.
Jika dilihat pada awal video, air seakan ‘terputus’ sekejap dan dipercayai terdapat lebihan udara di dalam saluran paip.
Selepas tekanan air yang keluar kembali normal, pasangkan semula kepala paip seperti biasa (sertakan tape putih yang sudah dibalut bagi memastikan ia dikunci kemas).
Barulah paip boleh digunakan kembali seperti biasa. Mudah je kan? Tak perlu susah-susah panggil tukang paip baiki.
Sedikit info tambahan
Apakah yang dimaksudkan dengan udara terkunci atau airlock? Menurut Aura Heating, udara terkunci berlaku apabila udara terperangkap (tersekat) dalam sistem.
Kebiasaanya, ia berlaku di dalam paip yang mewujudkan sekatan yang menghalang air panas yang cuba memasuki sistem pemanasan atau paip.
Airlock akan mengakibatkan pengeluaran air dari paip terjejas.
Untuk lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.
@zammenyelenggara mudah jer.. napa bayar lebih😁
Sumber: TikTok @zammenyelenggara, Aura Heating