Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar UM Bina Sistem Kesan Paip Bocor Sebelum Dinding Rosak

Hannah
paip bocor
Gambar: Universiti Malaya

Pelajar UM Bina Sistem Kesan Paip Bocor Sebelum Dinding Rosak

Kalau rumah atau pejabat mula berkulat, cat mengelupas atau dinding nampak lembap, biasanya itu petanda masalah sudah berlaku dan kerosakan mungkin sedang merebak.

Tetapi bagaimana jika dinding itu sendiri boleh 'beritahu' kita bahawa ada kebocoran sebelum sebarang kerosakan dapat dilihat dengan mata kasar?

Itulah antara idea menarik yang dipamerkan sempena UM iFest 2026 yang sedang berlangsung di Universiti Malaya.

Masalah yang selalu dipandang ringan

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa kelembapan tersembunyi di dalam dinding merupakan antara masalah paling biasa berlaku di bangunan pejabat dan kediaman.

Apabila tanda-tanda seperti kulat, dinding merekah, bahan binaan rosak atau kualiti udara semakin buruk mula kelihatan, kebiasaannya masalah itu sudahpun berada pada tahap yang lebih serius.

Ketika itu, kos pembaikan bukan sahaja tinggi, malah boleh menjejaskan keselesaan dan keselamatan penghuni bangunan.

Menyedari perkara tersebut, seorang pelajar dari Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya tampil dengan satu penyelesaian yang cukup menarik.

Cipta sistem 'pengesan awal' dalam dinding

Pelajar berkenaan, Nur Dania Batrisyia Amir Khushairi @ Ravi, membangunkan sistem penyelenggaraan ramalan berasaskan Arduino yang mampu memantau tahap kelembapan di dalam dinding gypsum secara masa nyata.

Secara ringkasnya, sistem ini berfungsi seperti ‘pengawal’ yang sentiasa memerhati keadaan di dalam dinding.

Jika berlaku peningkatan kelembapan yang mencurigakan, sistem tersebut akan mengesan perubahan itu lebih awal sebelum kerosakan fizikal mula muncul.

Kesan kebocoran & punca, beri amaran awal terhadap masalah

Apa yang menjadikan projek ini lebih menarik ialah kemampuannya untuk mengenal pasti corak pergerakan air di dalam dinding.

Sensor khas dipasang pada bahagian atas, tengah dan bawah dinding bagi mengesan perubahan bacaan kelembapan.

Melalui data yang dikumpulkan, sistem ini bukan sahaja dapat mengesan kewujudan kelembapan, malah mampu menentukan puncanya.

Lebih menarik, apabila bacaan kelembapan mencapai tahap kritikal, sistem tersebut akan bertindak secara automatik.

Amaran akan dihantar terus ke telefon pintar pengguna melalui aplikasi mudah alih, selain bunyi buzzer yang akan diaktifkan sebagai peringatan.

Dengan kata lain, pemilik bangunan atau pihak penyelenggaraan tidak perlu menunggu sehingga dinding berkulat atau rosak untuk mengambil tindakan.

Sebaliknya, mereka boleh mengesan masalah lebih awal dan mengelakkan kerosakan yang lebih besar serta kos pembaikan yang tinggi.