Siakap Keli
Kredit Foto: Theconversation.com

Koronavirus: Angka Korban Meningkat 304 Orang, Lebih 14,000 Kes Jangkitan Di China

Sejumlah 304 orang telah meninggal dunia akibat coronavirus di tanah besar China pada akhir hari Sabtu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Majoriti kematian telah terjadi di wilayah Hubei, di mana Wuhan adalah ibukota kepada 11 juta orang serta merupakan ‘pusat’ wabak itu.

Terkini, jumlah kes yang disahkan di tanah besar China kini sebanyak 14,380, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 2,590 daripada jumlah keseluruhan hari Jumaat lalu.

Minggu lalu, kerajaan pusat China akhirnya mengambil tindakan dengan menyekat orang ramai untuk keluar masuk dari Wuhan serta menghalang seramai 1.4 billion orang melancong.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengistiharkan wabak tersebut sebagai kecemasan kesihatan global.

Sumber: The Spectator Index, CNN

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra