Siakap Keli

Doktor Thailand Dakwa Temui Ubat Rawat Koronavirus, 2 Pesakit Sudah Berjaya Sembuh

Gabungan ubat antivirus dikatakan telah berjaya merawat dua pesakit Wuhan yang dijangkiti koronavirus, kata doktor dari Thailand.

Menurut Dr.Kriangsak Atipornwanich, seorang doktor di hospital Rajavithi di Bangkok, berkata beliau telah merawat pesakit wanita berusia 71 tahun dari China dengan gabungan ubat-ubatan yang digunakan HIV dan selsema. Beliau berkata pesakit sebelum ini hanya dirawat dengan hanya ubat-ubatan anti HIV.

“Saya telah merawat pesakit dengan keadaan yang teruk, dan hasilnya sangat memuaskan. Keadaan pesakit telah meningkat dengan cepat dalam tempoh 48 jam. Dan keputusan ujian juga berubah daripada positif menjadi negatif dalam masa 48 jam, “kata Atipornwanich.

Namun begitu, Menurut Dr. Anthony Fauci, pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Institut Kesihatan Kebangsaan AS, memberitahu CNN minggu lepas tidak ada ubat yang terbukti efektif untuk merawat virus itu.

Hospital di Beijing turut telah melaporkan menggunakan ubat yang sama yang diberikan kepada pesakit HIV dan AIDS sebagai sebahagian daripada rawatan untuk koronavirus. Namun ujiannya masih belum jelas berjaya atau tidak.

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)