Siakap Keli

Harimau Malaya Tambah ‘Taring’, Liridon Krasniqi Sah Jadi Warganegara Malaysia

Berita baik bagi peminat bola sepak Malaysia, Liridon Krasniqi iaitu anak kelahiran Kosovo yang kini pemain tengah bagi pasukan Johor Darul Takzim(JDT). Sah menjadi warganegara Malaysia kerana mendapat MyKad berwarna biru hari ini di Putrajaya.

Dorongan dan idea tentang pengambilan Liridon ini dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan diiringi proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat iaitu jangka pendek, pertengahan dan  panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.

Oleh itu, FAM dengan rasa sukacita ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.

Bakal menyarung jersi skuad kebangsaan kini genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 selangkah sahaja lagi untuk Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan

‘Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan

‘FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini’ ujarnya.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Liridon.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sumber : Persatuan Bola Sepak Malaysia

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)