Siakap Keli
Sumber Foto: Facebook

Abang Kandung ‘Tuan Ramdan’ Dedah Kisah Sebenar Disebalik Tindakan Adik Menyamar Jadi Polis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di media sosial semalam berkaitan seorang remaja lelaki yang mengaku kononnya sebagai seorang anggota polis berpangkat inspektor. Pihak polis yang dapat menghidu kegiatan tersebut telah menahan remaja terbabit.

Terbaharu, seorang lelaki tampil memberi penjelasan di media sosial dan mendakwa dirinya sebagai abang kandung kepada ‘Tuan Ramdan’. Dia menceritakan kisah silam disebalik nama seorang ‘inspektor polis’ ini semasa dihubungi oleh pihak SK.

Kisah sedih dia aku tulis kat sini – Abang Kandung

Bagi sesiapa yang tak kenal Tuan Ramdan. Siapa dia ni? Kisah sedih dia aku tuliskan di sini. Kepada orang-orang yang mengecam dia. Sila baca kisah ni dulu. Aku sebagai abang tak boleh diam.

“Cita-cita ‘tuan Ramdan’ nak jadi polis bermula dari sekolah rendah lagi.
Moga Allah bantu tuan ramdan.”

Foto: Facebook

Berani menegur orang buat jenayah…

‘Tuan Ramdan’ adalah seorang remaja berumur 19 tahun. Dia amat bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis. Minat dia terhadap tugas seorang angota polis amat dalam sehingga dia dengan berani menyarung pakaian seragam anggota polis.

Dia sangat berani menegur dan mencegah jenayah yang salah dari sisi undang undang negara Malaysia. Sehingga suatu hari dia bertindak sebagai seorang polis yang sebenar.

Pada ketika, dia bertindak demikian tanpa berfikir bahawa tindakan dia itu salah dari sisi undang sekaligus telah memerangkap diri dia ke dalam masalah amat besar. Dia hanya ingin mencegah kegiatan mat rempit di sekitar kawasan dia tinggal dan dia secara berani menegur anggota PDRM yang sedang bertugas di situ tanpa rasa bersalah.

Sejak kecil dia tidak tinggal dengan keluarga ayah kandung

Saya Ahmad Badri Bin Mohd Noer abang kepada Tuan Ramdan. Saya ingin menceritakan sedikit kisah hidup Tuan Ramdan yang ramai tak tahu. Dia adalah anak ke 12 dari 13 orang anak beradik berlainan ibu.

Sejak kecil lagi dia tidak tinggal dengan keluarga ayah dia kerana ada masalah peribadi antara keluarga ibu dan ayah dia. Saya tidak pasti berapa lama dia tinggal dengan keluarga ibu dia sehingga suatu hari saya terjumpa akaun Facebook dia.

Saya yakin dia adik saya kerana ketika itu nama Facebook dia adalah Ramdan Mohd Noer. Saya telah cuba mencari dia sejak saya berumur 19 tahun lagi. Saya juga berhubung dengan kakak dan ibu kepada Ramdan untuk bertanyakan khabar Ramdan dan saya diberitahu ramdan telah tinggal bersama keluarga angkat dia sejak dia kecil lagi di Pasir Gudang.

Setelah tahu hal demikian saya berhenti mencari kerana saya tidak kenal keluarga angkat dia dan saya hanya mula menegur dia di Facebook. Alhamdulillah dia memberi respon dan dia seperti tahu yang menegur dia di Facebook itu adalah abang dia kerana nama Facebook saya ketika itu Badrie Mohd Noer.

Malangnya dia seperti tidak suke melayan saya mungkin dia fikir saya dan keluarga dari ayah saya tidak sayang kepada dia. Berkali-kali saya ajak dia berjumpa tetapi saya tidak langsung dilayan dan saya membuat keputusan tidak menganggu dia sehingga dia dapat berfikir yang dia ada adik-beradik lain sedarah dengan dia berharap terbuka hati dia untuk mencari sendiri keluarga dia satu hari nanti.

Pada hari Ahad jam 1600 petang. Saya telah dikejutkan dengan berita dari page Jawatan Kosong Sektor Kerajaan yang menyiarkan tentang Tuan Ramdan ditangkap kerana menyamar sebagai Inspector Polis PDRM.

Bertapa sedihnya saya melihat gambar keadaan adik saya di page itu, ditambah lagi dengan komen-komen segelintir nitizen yang mengecam perbuatan adik saya itu. Saya akui bahawa tindakan dia itu salah tetapi tidak sepatutnya di kecam dengan tuduhan yang berat dan buruk.

Orangnya yang baik dan sangat menghormati orang…

Niat adik saya itu hanya untuk mencegah jenayah lumba haram yang membahayakan pengguna jalanraya. Dia juga jujur ingin berkerjasama dengan pihak polis PDRM untuk mencegah jenayah daripada berlaku.

‘Tuan Ramdan’ adalah orang yang baik dan sangat menghormati orang sekeliling dia, dia tidak berbahaya dan tidak pernah melakukan jenayah. Dia memiliki peralatan polis hanyalah untuk koleksi dia kerana teramat taksub untuk menjadi polis.

Saya sebagai abang memohon agar semua orang berhentilah mengecam dan menuduh adik saya itu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak sepatutnya. Biarlah pihak PDRM sahaja menjalankan siasatan mengikut undang-undang negara.

Sumber: Aira Artika badri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)