Siakap Keli

Akibat Suka Makan Daging Mentah, Cacing Pita Hidup 10 Tahun Dalam Otak Lelaki Ini

Seorang lelaki telah didiagnos mempunyai cacing pita yang masih hidup dalam otaknya selepas mengadu sakit kepala dan muntah-muntah sedekad yang lalu.

Jangkitan cacing parasit ini berlaku kerana lelaki dari Texas ini mengamalkan memakan daging mentah dalam hidangan harian.

Menurut pakar bedah di Austin, kes tersebut disifatkan sebagai jarang berlaku dan amat luar biasa kerana cacing tersebut membesar perlahan-lahan di dalam otak mangsa.

Katanya lagi, cacing pita tersebut sudah dikeluarkan daripada otak mangsa dan akan dijangka pulih sepenuhnya. Tetapi, cacing tersebut membolehkan seseorang itu terbunuh.

Foto: Dailymail.uk

Gambar di atas merupakan gambaran kedudukan cacing pita itu berada. Cecair merah ini daripada cacing yang berukuran 4cm yang ditemui di otak mangsa.

Pada tahun lepas, lelaki ini jatuh pengsan semasa bermain bola di padang. Ianya sangat kritikal kerana kepalanya mengalami sakit daripada biasa. Keputusan rawatan menolak penyakit tumor.

Sebaliknya, doktor yang merawat mangsa mendapati cacing pita ‘sudah cukup besar’ berada dalam otaknya. Ini adalah penemuan yang paling mengejutkan semua.

Jelas Dr Jordon Amadio, manusia mudah terkena jangkitan dengan cacing pita apabila memakan daging lembu atau babi secara mentah atau separuh masak. Pesakit yang dijangkiti selalunya tidak mudah mengetahui simptom tersebut kerana beratnya yang ringan.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)