Siakap Keli
Foto: Siti Aminah Borhan

“Anak Baik Mummy..,” Baru Umur 3 Tahun, Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendaki gunung atau bukit sudah menjadi satu trend masa kini untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Alangkah indahnya apabila menikmati permandangan dari arah atas gunung bersama orang tersayang.

Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi pengalamannya mendaki gunung Kinabalu bersama anak perempuan yang berusia 3 tahun 10 bulan. Ibu ini mempunyai misi untuk menjadikan anak perempuannya sebagai pendaki Gunung Kinabalu paling muda selepas rekod yang lepas adalah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun pada tahun 2003.

“Pengalaman yang tidak boleh dilupakan”

Menurut Siti Aminah atau lebih mesra dengan panggilan Amie pengalaman mendaki gunung Kinabalu yang merupakan gunungg tertinggi Asia dengan ketinggian 13,000 kaki dari paras laut ini sangat teruja apabila membawa anak kesayangannya, Nur Yuna Sofia.

Pendakian itu bermula pada pukul 10 pagi, 28 januari lalu dan mengambil masa selama hampir 19 jam untuk menamatkan misi mereka.

Part 1

Start hiking 10am-6.30pm sampai di Laban Rata . 8jam setengah nak hiking , fuhhh!!! Laban rata ( dari check point bawah ke tempat stay bahagian atas , dorang tulis 6km tapi jam detect 9km ).

Kenapa lambat sampai Laban Rata ?

Sebab phase bawak budak lain, bukan sama macam biasa, kena jaga perasaan dia, keselesaan dia, kegembiraan dia, nak buang air kecik, besar, semua kena jaga. Sebabkan terlalu lama hiking, 8jam setengah, kaki, lutut semua dah terasa. Jalan puncak Kinabalu dia macam tangga yang tak habis . Tengok tangga macam nak menangis.

Masa 4 km , masa ni mental dah kacau , bila nak sampai ni , Ya Allah apa aku buat ni ? Patutnya i just stay at home and relax.

Semasa 5 km, tiba-tiba hujan, oksigen dah makin kurang, makin sejuk, lepas tu hujan lebat . Ya Allah dugaan, lain macam. Rasa nak menangis dan nak balik.

Tapi sofia? Sangat memudahkan , hujan pun duduk diam dalam carrier. Berjam-jam dalam carrier, and dia pun jalan sendiri, seolah dia faham, mummy dah sakit mentally and kaki semua. Tak sikit pun dia cakap nak balik atau pun merepek buat tantrum . Hujan basah pun dia senyap. Dia enjoy the journey.

“Anak baik mummy…”

 

Sampai Laban Rata 6.30pm, terus masuk dekat cafe dengan keadaan basah , semua orang mcm terpegun dan ada yang tepuk tangan, sebab nampak Sofia. Setiap kali berselisih dengan hikers, semua bagi semangat dekat Sofia dan kami.

Benda jarang-jarang nampak budak kecik naik Kinabalu.

Sampai terus makan , check in dorm solat dan rehat sebab nak bangun pukul 2 pagi untuk summit attack. Masa ni aku cakap hmm tengok la dulu keadaan macam mana esok , rasa macam “cukuplah sampai Laban Rata , rasanya tak sanggup dah lagi ni”.

“Summit attack”

Bangun 2.00am pagi tu, memang tak mandi sebab air macam air batu, kejut Sofia then siapkan dia. Dia pun tak menangis bangun pagi, relax je.

Pergi makan dekat cafe , then dengar guide cakap , dari Laban Rata ke puncak Kinabalu lagi 2.9km, bermakna lagi 3jam /3jam setengah hiking dan jalan bahaya ,dan lagi mencabar.

Dalam hati, tak pelah buat je untuk sofia , lagi pun dah sampai sini. Kalau bukan sekarang, bila lagi ?

Naik Kinabalu, mental memang kena kuat , lain macam saiko dia. Luar biasa . Betul-betul luar biasa . Tambahan pula memang Amie tak de training, 2 hari before that naik meragang hill.

Masa ni preparation untuk “summit attack” ( dari laban rata ke puncak Kinabalu ) pukul 2.45am dan kena sampai check point pertama before pukul 5.00am (dlm hati Ya Allah boleh ke aku buat ni ? dengan kaki dah tempang ), kalau tak berjaya kiteorg kena turun balik dan tak dibenarkan panjat sampai puncak dan kena turun balik.

Preparation untuk sofia sebab suhu dekat puncak 6-2 darjah celcius .Dalam hati amie memang , okay let’s do this , cepat naik cepat turun. 2 warmer , 1 sweater , 1 jaket , 4 lapis seluar dan socks dan doa seorang ibu yang tak putus-putus.

Maybe ibu/wanita boleh relate video ni , macam mana ibu prep kan anak untuk make sure anak selamat dalam setiap langkah. Ya Allah memang mintak dengan Allah ,supaya kuatkan Sofia.

Start hiking dari Laban Rata pukul 3.00 pagi, cuaca terlalu sejuk, sepanjang naik tu , ada team yang berhenti muntah, tak cukup nafas , macam-macam. Tapi focus Amie cuma nak lepaskan check point tu dan Alhamdulillah kami berjaya lepas check point pukul 4.05am.

Jalan agak mencabar sebab gelap , sejuk , dan kurang oksigen . Di 8km kami berhenti untuk solat subuh, ni mungkin kali pertama dan kali terakhir pengalaman solat subuh dekat puncak Kinabalu ( unforgettable moments ).

Then cepat-cepat sambung mendaki, pukul 5.55 pagi, kami sampai puncak. Tapi sofia menangis mungkin kurang selesa sebab sejuk dan masih gelap .

Ni lah video masa dah sampai puncak dan mummy peluk sofia untuk tenangkan dia. Masa ni risau takut sofia hypothermia, masa ni juga sel-sel otak tak berhubung sebab penat, sejuk dan risau.

Hikers lain semua support dan ada yang bagi warmer, thanks guys. Masa ni amie tenangkan sofia dulu , sebab dia menangis sikit , takut terlalu sejuk dan takut hypothermia. Tapi ???

Akhirnya “mission untuk break kan record “the youngest girl to scale MT Kinabalu “ tercapai ! Dengan keadaan terlalu sejuk , kasut basah , lutut mmg dah out dah .. sampai juga.

Alhamdulillah Ya Allah ! Terima kasih izinkan kami naik dan turun dengan selamat. Perasaan ? Tak terluah dan tak tertulis . Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Yang tanya tentang keselamatan Sofia sebab ,long hours hiking dan puncak gunung terlalu sejuk takut Sofia hypothermia , jangan risau , saya bukanlah berseorangan , saya bersama Dr Muaz , untuk memastikan Sofia dalam keadaan okay dan membantu kami dalam perjalanan.

Thanks to my team , Dr Mu’adz Zayd yang tolong angkat sofia juga, i’m not alone, memberi support ,menjadi malim gunung juga and make sure Sofia dalam keadaan stabil dan tolong amikkan gambar dan video and thanks dekat guide kiteorg yang banyak sangat membantu , angkat dan bersabar sepanjang perjalanan. Congrats girl !!!

Umur 3tahun 10bulan awak berjaya sampai puncak Kinabalu !

 

Sumber: Siti Aminah Borhan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)