Siakap Keli
Kredit Foto: Philnews

Demi Rawat Anak Sakit, Nenek 85 Tahun Cekal ‘Berenang’ Setiap Hari Cari Hasil Laut Untuk Dijual

Tiada siapa yang boleh menandingi pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan anak yang tercinta.

Selagi mereka mempunyai kudrat dan tenaga, pasti mereka akan melakukan apa saja demi kesejahteraan anak-anaknya itu.

Seorang wanita Vietnam berusia 85 tahun sanggup menghabiskan masa berjam-jam setiap hari di dalam laut untuk mencari hasil laut seperti kerang, tiram, kepah dan sebagainya untuk dijual.

Kredit Foto: Philnews

Hal ini dilakukan adalah untuk mencari rezeki untuk menampung keperluan makanan dan perubatan anak angkatnya yang berusia 61 tahun itu.

Tindakan Nguyen Thi Ro  ini wajar dipuji kerana sanggup menghabiskan masa berjam-jam di dalam laut untuk mendapatkan wang bagi membiayai perubatan dan rawatan anak angkatnya itu.

Menurut laporan, Nguyen telah kehilangan suaminya pada tahun lalu.

Oleh sebab itu, dia bertekad untuk mengumpulkan hasil dari laut bagi menampung kehidupan dan perubatan anak angkatnya itu.

Wanita ini sanggup turun ke laut di awal pagi supaya mempunyai masa yang cukup untuk mengumpulkan hasil laut itu untuk dijual.

Kredit Foto: Philnews

Kadangkala hasil laut yang diperoleh tidak berjaya dijual namun ianya masih boleh dijadikan makanan untuk dia dan anaknya itu.

Terdapat juga penduduk tempatan yang sanggup membeli hasil carian Nguyen untuk membantunya mendapatkan wang supaya dapat membiayai perubatan dan menampung kehidupannya.

Sumber: Philnews, Rachfeed

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.