Siakap Keli

Sehingga 3 Februari, Koronavirus Ragut 426 Nyawa Daripada 20,626 Kes Seluruh Dunia

Wabak Koronavirus yang berasal dari wilayah Wuhan, China telah merebak ke 27 negara dan wilayah di seluruh dunia. Angka kes yang disahkan adalah 20,626 dan mencatat 426 kematian sehingga tarikh 3 Februari 2020.

Pada 3 Februari, Jerman telah mencatat lebih dua orang dijangkiti wabak ini turut diikuti dengan Amerika syarikat, Vietnam dan India.

Beberapa negara menunjukkan jumlah mangsa dijangkiti wabak ini sembuh dengan 642 orang dari China, seorang di Vietnam dan Sri Lanka serta tujuh orang di Thailand dan dua orang di Australia.

Pada 2 Februari lalu, kematian di Filipina menandakan kematian pertama yang berlaku di luar negara China iaitu lelaki berbangsa Cina berusia 44 tahun. Mangsa mengalami demam, batuk dan sakit tekak serta mengalami radang paru-paru yang teruk sejak beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Apa yang anda dapat lihat pada jadual di atas adalah kes di Malaysia masih mengekalkan 8 kes dan tiada rekod kematian dilaporkan.

Terdahulu, pada 30 Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisthiharkan wabak Koronavirus ini sebagai Global Public Health Emergency kerana telah mengatasi wabak SARS yang telah menjejaskan seramai 8,096 orang seluruh dunia.

 

Sumber: Worldmeters

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)