Siakap Keli
Gambar : Getty Images via thehill.com

China Lancar Penyelidikan Gabungan Perubatan Tradisional China Dan Barat Untuk Rawat Koronavirus

Wuhan : China pada Isnin melancarkan program penyelidikan klinikal untuk menilai keberkesanan perubatan tradisional Cina (TCM) yang digabungkan dengan perubatan Barat dalam mencegah dan merawat penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh novel koronavirus (2019-nCoV), lapor agensi berita Xinhua.

Program itu diketuai ahli akademik di Akademi Kejuruteraan China Zhang Boli. Lapan institusi daripada empat wilayah menyertai penyelidikan itu, anjuran Hospital Perubatan Cina dan Barat Bersepadu Wilayah Hubei.

Kajian itu akan menilai keberkesanan dari segi klinikal apabila TCM digabungkan dengan perubatan Barat dalam merawat kes-kes ringan dan kritikal.

TCM dan perubatan Barat mempunyai tumpuan dan kekuatan masing-masing sebagai pelengkap dalam merawat penyakit itu, kata Zhang, sambil menambah program berkenaan perlu menjalani rawatan klinikal dan dikukuhkan lagi dengan penyelidikan saintifik.

Setakat ini, pasukan penyelidik telah menyelesaikan pangkalan data serta latihan profesional perubatan dan sedang memulakan kajian kes.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.