Siakap Keli
Gambar via Twitter Dr Amalina

“Kita Boleh Halang Virus Ini..,” Dr Amalina Jelaskan Bagaimana Koronavirus ‘Serang’ Sel Manusia

Wabak global Koronavirus sehingga kini telah meragut kira-kira 492 nyawa dan telah menyebabkan kebimbangan dalam komuniti dunia. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga dilaksanakan bagi memastikan virus ini tidak terus merebak ke dalam badan manusia.

Tidak hanya berdiam diri, Dr Amalina juga turut berkongsikan pendapat dan pengetahuannya mengenai virus yang sedang melanda dunia pada waktu ini. Menurutnya, 2019-nCoV menjangkiti sel manusia melalui ACE2 reseptor yang boleh ditemui di sel paru-paru manusia.

Dr Amalina juga turut berkongsikan gambar rajah bagaimana virus koronavirus boleh masuk ke dalam sel manusia.

Kongsi Dr Amalina, kajian yang dibuat oleh Richardson dan pakar yang lain pada 2020 telah menunjukkan bahawa Baricitinib boleh digunakan sebagai rawatan yang berpotensi bagi 2019-nCoV.

Tambahnya lagi, penggunaan benvolentAl, Bacitinib dijangka dapat mengurangkan keupayaan virus tersebut untuk menjangkiti sel paru-paru.

Dari kajian sebelumnya, reseptor yang digunakan 2019-nCoV untuk menjangkiti sel paru-paru mungkin adalah ACE2 dan protein ini boleh didapati di sel-sel epitelium alveolar, buah pinggang, saluran darah dan jantung.

Dr Amalina juga turut berkongsikan bahan bacaan yang menjelaskan bagaimana Baricitinib dikatakan sebagai rawatan berpotensi untuk penyakit pernafasan 2019-nCoV.

Walau bagaimanapun, beliau turut menjelaskan bahawa kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan perkara itu.

Sumber: Dr. Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra