Siakap Keli
Gambar via Google

Terkini : Dua Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Positif Koronavirus – Kementerian Kesihatan Malaysia

Menerusi satu kenyataan terkini yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua lagi kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV), telah dikesan menjangkiti dua rakyat tempatan yang dibawa pulang dari Wuhan.

Kedua-dua mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan berada dalam keadaan stabil.

Ini menjadikan keseluruhan 12 kes positif koronavirus di Malaysia setakat ini, iaitu melibatkan tiga rakyat tempatan dan sembilan warga China.

Sebelum ini, kes pertama rakyat negara ini yang menjadi mangsa koronavirus telah dilaporkan kelmarin, di mana mangsa merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Kenyataan rasmi KKM menyusul.

Sumber : Bernama, KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra