Siakap Keli
Foto: Dailymail

(Video) Lelaki Teruja Jumpa Anak Anjing Bermata Satu, Percaya Bakal Bawa Tuah

Seeokor anak anjing  yang dilahirkan dengan satu mata mendapat perhatian ramai terutamanya penduduk di Thailand. Anak anjing tersebut di beri nama Kevin di dalam watak Minions.

Anjing yang berusia dua hari ini dijaga oleh seorang individu yang dikenali sebagai Somjai. Lelaki ini akan menjaga haiwan unik itu seperti ahli keluarganya sendiri.

Foto: Viral press

Menurut pemiliknya, mereka terjumpa anak anjing ini di bawah bilik tidur. Kemudiannya mengubah ke tempat yang lebih selamat, namun begitu keluarga Somjan mendapat ada kelaianan pada seekor anak anjing tersebut.

Kami akan membela anak anjing ini sehingga dewasa walaupun keadan dia seperti itu, kata pemilik anjing ini.

Menurut anak perempuannya, seluruh keluarga mereka berasa gembira mempunyai anak anjing yang unik. Walaupun masih tidak jelas jika mata tunggal anjing tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Ia mengambil masa kira-kira dua bulan untuk mengetahui perkembangan penglihatan anak anjing tersebut.

Katanya lagi, dalam tempoh mereka menjaga, anjing tersebut masih belum dapat menyusu dengan cara yang betul lagi. Mereka memberi susu dengan menggunakan botol.

Daripada itu, ramai rakan-rakan terdekat Somjam meminta untuk menjaga anak anjing tersebut, tetapi dihalang oleh keluarganya kerana mereka ingin membesarkan anak anjing mata satu tersebut. Penduduk di situ teruja dan gembira dengan kehadiran ‘Minions’ itu yang dianggap pembawa tuah.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)