Siakap Keli

Young Import Tukang Gunting Ke Itali Hanya Untuk Cukur Kepala

Ashley Young yang merupakan pemain bola sepak Inggeris yang mana sekarang ini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan England.

Pemain yang berusia 34tahun itu sudah membawa haluan baharu ke Inter Milan daripada Manchester United, namun itu tidak bermakna dia telah bersedia meninggalkan tukang gunting rambut pilihanya.

Ini selepas pertahanan anak kelahiran Stevenage itu sanggup menerbangkan khas iaitu tukang gunting rambut kegemarannya, Daniel Johnson ke Itali.

Walaupun menelan belanja besar untuk membawa Johnson, bekas pemain antarabangsa England itu hanya meminta tukang gunting rambut itu mencukur kepalanya.

Young yang membotakkan kepalanya telah berkongsi gambar di laman Instagram dengan kapsyen: “Di seluruh pelusuk dunia @iamdanieljohnson #Milan”.

Tetapi apabila berkongsi semula gambar terbabit, terdapat sebilangan besar penyokong yang menyindir tentang potongan rambut baru Young.

Seseorang meninggalkan komen: “Berapa kos pemotongan berkenaan? Razor Roy melakukan perkara sama hanya dengan £5 (RM26.50)”.

Walaupun menerima beberapa komen yang menyindirnya, Johnson sebenarnya  tukang gunting rambut professional.

https://www.instagram.com/p/B8HgulinV84/

Sumber : Instagram

 

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)