Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Koronavirus: Peningkatan 41 Kes Dilaporkan Dalam Kapal Mewah Jepun

Kapal persiaran mewah ‘Diamond Princess Cruises’ telah dikuarantin beberapa hari lalu selepas salah seorang daripada 3,700 penumpang dan anak kapal disahkan mengalami jangkitan koronavirus.

Melalui laporan terkini, sehingga kini 41 kes koronavirus terbaharu ditemui di dalam kapal persiaran tersebut. Peningkatan kes jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61 kes di dalam kapal yang sedang di kuarantin itu.

Peningkatan secara drastik itu diikuti 10 pesakit yang disahkan positif pada Rabu dan 10 lagi pada hari Khamis. Kira-kira 3,700 penumpang dan anak kapal berada di dalam kapal tersebut, namun ujian hanya dijalankan ke atas orang yang menunjukkan gejala atau mempunyai hubungan rapat dengan lelaki pertama yang menghidapai jangkitan itu.

Menurut Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato, 21 orang daripada 41 pesakit itu adalah warganegara Jepun. Kewarganegaraan penumpang yang lain masih belum dikenal pasti.

Pesakit yang telah disahkan positif akan dipindahkan ke hospital-hospital di Tokyo dan beberapa wilayah lain.

Sumber: The Guardian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra