Siakap Keli

“Saya Hairan Fikirkan Amalan Apa Yang Abam Lakukan Hingga Begini Allah Muliakan Hari Akhirnya”

Kita telah dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal yang tidak disangka-sangka pada awal pagi semalam. Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey telah pergi meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki yang baru sahaja berusia 8 bulan.

Semasa majlis pengebumiannya berlangsung, ribuan peminat, sahabat handai serta ahli keluarganya telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir terhadapnya.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh pendakwah Salehhuddin Nasir, beliau menzahirkan kehairanannya melihat begitu ramai orang yang datang untuk sembahyangkan jenazah Allahyarham Abam.

Saya bersama dengan izin Allah dapat menyembahyangkan jenazah Abam Bocey. Bersama saya ialah Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Fadil Nor, Ustaz Syed Kadir Aljofri, Ustaz Syed Norhisham Padang, Imam Muda Asyraf, Pu Amin dan Pu Jo dan ramai lagi para ulamak yang turut hadir.

Saya kehairanan memikirkan amalan apakah yang Abam Bocey lakukan dalam hidupnya hingga begini Allah muliakan hari akhirnya. Ribuan manusia termasuk rakan artis yang hadir. Semua berwajah hiba dan simpati dan tidak putus mendoakan.

Jumlah yang hadir lebih dari seramai solat Jumaat. Bahagian dalam, luar, kiri dan kanan masjid penuh sesak.

Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang Abam Bocey lakukan dalam hidup. Pertama beliau tidak pernah meninggalkan ibunya. Menjaga dan mentaatinya. Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak. Ketiga beliau rajin bersedeqah.

Sabda Nabi S.A.W:Ambil lah contoh orang yang telah mati di kalangan kamu.

Berehatlah Abam. kami mendoakan mu.

Semoga roh Allahyarham Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Salehhuddin Nasir

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa