Siakap Keli

(Video)Dipercayai Tayar Pecah Tiba-Tiba, Lori Hilang Kawalan Rempuh Kereta Hingga Melambung

Kemalangan jalan raya boleh berlaku setiap hari tanpa dijangka atas pelbagai sebab dan punca.

Tular di media satu rakaman Dashcam yang memaparkan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori yang dipercayai berlaku di lebuhraya berdekatan Simpang Renggam.

Pada mulanya, rakaman yang dikongsikan di Facebook Galeri Lori dan Bas memaparkan lori berkenaan bergerak dengan tanpa sebarang masalah sebelum dilihat bergerak ke laluan sebelah kanan. Sebuah kereta yang dipandu di laluan paling kanan tidak sempat mengelak apabila bahagian belakangnya dirempuh oleh lori berkenaan.

Kejadian tersebut terjadi disebabkan oleh sebuah lori yang hilang kawalan dipercayai kerana tayar lori berkenaan secara tiba-tiba meletup.

Selepas dirempuh, kereta berkenaan dilihat berpusing beberapa kali sebelum terbabas di bahu jalan dan melambung tinggi ke atas jalan raya. Walau bagaimanapun, keadaan pemandu kereta dan lori tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber: Galeri Lori dan Bas

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa