Siakap Keli

(Video)Tinggal Kerjaya Demi Bantu Ibu Jual Nasi Lemak, Bekas Doktor Ini Tak Sangka ‘Rezeki’ Mencurah-Curah

Bidang perniagaan sememangnya sudah menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia bagi memperolehi pendapatan. Apa tidaknya, perniagaan yang diusahakan diyakini dapat memberi pulangan yang lumayan sekiranya kaedah yang dipraktikkan adalah tepat dan betul.

Begitulah yang dilakukan oleh pemilik Nasi Lemak Saleha, Pn Saleha Abdullah dan En. Mat Isa yang memulakan perniagaannya pada tahun 2009. Perniagaannya yang semakin berkembang sekarang bukanlah secara tiba-tiba, namun dengan berkat usahanya yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Dengan berbekalkan kepakarannya menyediakan juadah nasi lemak, Pn Saleha memulakan perniagaannya dengan bermodalkan sebanyak RM3000. Pun begitu, dia tidak langsung membuat pinjaman bank bagi memperolehi modal perniagaaan. Bermula pada tahun 2009, Nasi Lemak Saleha hanya mempunyai kedai yang kecil di tepi jalan. Pada waktu permulaan bagi perniagaannya, Saleha hanya menggunakan sekilo beras bagi menyediakan nasi lemak.

Perniagaan semakin berkembang

Berkat usaha dan ilmu yang diperolehinya, jumlah jualan dan bahan mentah seperti beras meningkat dari hari demi hari. Pada tahun 2014, Nasi Lemak Saleha sudah mempunyai dua orang pekerja bagi menguruskan kedainya. Tidak lama selepas itu, perniagaannya terus berkembang dan jumlah pekerja meningkat kepada 20 orang. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Saleha berjaya membeli lori bagi tujuan penghantaran nasi lemak.

Sekarang, Nasi Lemak Saleha bukanlah perniagaan kecil yang boleh dilihat di tepi jalan lagi. Saleha telah berjaya membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju bernilai RM 3.8 juta dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan SMECorp Malaysia untuk dijadikan dapur pusat, serta mempunyai dua buah restoran utama di Sri Rampai dan Di Ampang.  Selain menawarkan hidangan di restorannya, Nasi Lemak Saleha juga boleh didapati melalui perkhidmatan Food Panda dan Grab Food serta melalui websitenya sendiri di www.nasilemaksaleha.com

Tinggalkan kerjaya doktor untuk bantu ibu berniaga nasi lemak

Anak lelaki pertama Saleha yang sebelum ini berkhidmat sebagai doktor mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya itu semata-mata untuk membantu perniagaan ibunya. Mohd Rizal Isa mempelajari selok-belok perniagaan bagi memastikan perniagaan Nasi Lemak Saleha terus berkembang pada masa akan datang.

Keputusannya meninggalkan kerjaya tersebut nampaknya berbaloi apabila  hasil jualan mencecah RM600 ribu pada awal tahun 2019. Tidak terhenti setakat itu, jualan terus meningkat hari demi hari sehingga mencapai jutaan ringgit pada akhir Oktober 2019.

Melihat perkembangan pesat dalam perniagaan Nasi Lemak Saleha, pastinya ramai tertanya-tanya rahsia di sebalik kejayaannya. Setelah diteliti dengan lebih mendalam, rupanya kemajuan perniagaan ini adalah hasil daripada program latihan yang dianjurkan oleh INSKEN. Bermula dengan Program Business Model Canvas pada 2017, Muhammad Rizal antara yang aktif bergiat menyertai Program INSKEN.

Beliau juga merupakan alumni bagi Program INSKEN Business Coaching (IBC) Cafe & Restaurant dan juga Business Enhancement Programme (BEP). Pemiliknya, Muhammad Rizal Bin Mat Isa ingin mencapai sekurang-kurangnya RM9 Juta hasil jualan. Untuk projek yang terkini, pada akhir bulan februari  2020, Kiosk Nasi Lemak Saleha, yang berkonsep ‘Grab & Go’ akan memulakan operasi di beberapa stesen LRT terpilih seperti Masjid Jamek dan Pasar Seni

Nasihat pemilik Nasi Lemak Saleha

Pengalamannya menyertai program INSKEN berbaloi kerana mereka menyediakan ‘ecosystem’ yang bagus buat peniaga terutamanya bagi peniaga yang baru sepertinya. Dengan adanya ‘ecosystem’ dan komuniti tersebut, usahawan sentiasa akan berasa mempunyai ‘back up’, sokongan dan tahu di mana tempat untuk bertanya sekiranya mengalami masalah perniagaan. Perkara ini kerana INSKEN mempunyai ramai pakar dalam bidang industri ini yang boleh membantu usahawan untuk membuat keputusan dengan bijak dan meminimumkan risiko.

Kepentingan rahsia data pelanggan

Dengan database pelanggan, peniaga seperti Nasi Lemak Saleha boleh membuat strategi pemasaran yang sangat berkesan. Antaranya ialah dengan menumpukan sasaran pelanggan berpotensi. Database pelanggan juga dapat membantu peniaga untuk memahami pelanggan. Dengan itu, pelanggan akan berasa dihargai dan akan membuatkan mereka menjadikan perniagaan anda sebagai pilihan pertama bagi urusan pembelian.

Nasi Lemak Saleha merupakan salah satu contoh perniagaan yang telah berjaya di bawah bimbingan program INSKEN. Tak kan anda tidak mahu mengembangkan perniagaan anda seperti yang dilakukan oleh mereka. Jangan risau, pihak INSKEN akan menganjurkan satu program bagi membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Program yang akan diadakan di Pullman Miri Waterfront, Sarawak ini bakal berlangsung pada 19 Februari 2020. Jangan lepaskan peluang ini kerana dalam program ini akan didedahkan mengenai cara-cara untuk menguruskan data dan memperolehi keuntungan dengan mudah.

Dengan hanya bermodalkan harga promosi RM25, peserta yang menyertai program ini juga akan diberikan sijil dan makanan disediakan. Anda juga akan dihidangkan dengan pelbagai ilmu untuk mengembangkan perniagaan anda oleh Fadhli Ghazali.

Daftar disini:

INSKEN Sarawak Point

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

test