Siakap Keli

Belum Reda Wabak Covid-19, Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil

Para saintis mendakwa telah menemui satu virus misteri yang tidak pernah dilihat sebelum ini di sebuah tasik yang terletak di Brazil dan menamakannya sempena cerita mitos seekor duyung mengumpan askar masuk ke dalam air sehingga lemas.

Yaravirus, yang dinamakan sempena nama seekor duyung di dalam mitos iaitu Yara, telah membuatkan para saintis bingung kerana ia tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana virus di dalam dunia ini.

Gambar: Daily Mail

Para saintis tersebut mendapati bahawa 90 peratus gen yang terdapat pada Yaravirus tidak pernah dilihat sebelum ini, secara tidak langsung menjadikannya begitu unik.

Penemuan itu muncul ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Covid-19 mula ditemui pada Disember 2019, dan sejak dari itu, ianya telah membunuh lebih daripada 1,000 nyawa dan telah menjangkiti lebih 40,000 orang.

Menurut saintis, virus baharu itu mempunyai 74 gen secara keseluruhannya. Hanya 6 daripada gen itu sahaja yang pernah dijumpai sebelum ini.

Manakala 68 gen lagi tidak pernah dilihat, dan turut dikenali dengan gen asing.

Gambar: Daily Mail

Pencarian lebih 8,500 bahan genetik daripada seluruh dunia tidak berjaya membuktikan Yaravirus berasal daripada bahan apa.

Yaravirus diambil daripada tumbuhan yang dipanggil amoeba, yang hidup dalam persekitaran lembap.

Setakat ini, saintis mendakwa bahawa Yaravirus ini tidak menjadi ancaman kepada manusia. Untuk permulaan, ianya tidak boleh dipindahkan kepada manusia, hanya diantara amoeba sahaja.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa