Siakap Keli
Kredit: BPPTKG/Balkon Jogja

(Video) Terkini: Gunung Merapi Meletus, Muntahkan Debu Ke Udara Setinggi 2000 Meter

Jogjakarta, 13 Februari – Gunung Merapi meletus dan menyemburkan abu volkanik tebal ke udara pagi ini.

Menurut data Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Indonesia (BPPTKG), letusan gunung berapi itu berlaku pada 5.16 pagi waktu tempatan selama 150 saat.

Berdasarkan laporan Tribun News, letusan abu volkanik gunung berkenaan mencapai 2,000 meter ke udara dari puncak gunung.

Gunung Merapi merupakan gunung berapi aktif di Indonesia dan berstatus waspada sejak 21 Mei 2018.

Walaubagaimanapun, keadaan normal dan para penduduk dilaporkan tidak cemas serta beraktiviti seperti hari biasa.

Rakaman detik letusan gunung berapi itu turut dikongsikan penduduk tempatan di media sosial.

Sumber: Tribun News, Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.